Saturday, July 4, 2015

Weekend

Alhamdulillah akhirnya sampai juga weekend. Hari ni aku memang plan untuk taknak masuk ofis, tak kira apa pun. Aku takkan! I need some rest! Sejak Isnin aku berhempas pulas dengan birthday event, disambung pulak dengan segala macam hal ofis. Kerja-kerja yang takkan pernah habis. 
Semalam aku bawa juga file balik ke rumah. Report untuk monthly department meeting masih tak selesai. Konon nak start buat Rabu lepas tapi akhirnya langsung tak sentuh dek kerana beberapa hal urgent yang timbul. 
Jadi hasrat nak bersenang-lenang weekend ni terbantut jugak. Tapi at least aku tak perlu masuk office dan hadap pc. Buat kerja kat rumah lebih selesa, kalau penat turun tengok tv. Takpun menceroboh masuk bilik adik-adik. 
Untuk korang, selamat berhujung minggu! Mana yang shopping raya, selamat menghabiskan duit. Haha!!

No comments :

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol