Tuesday, July 28, 2015

Wahai Anak Muda!

Budak muda zaman sekarang bila belum dapat kerja, mengeluh. Bercakap seolah-olah menyalahkan takdir. 
Bila dah dapat kerja, company atau kawan-kawan tak best, mengeluh. Mengumpat mengata mengeji. Bercakap macam tak pernah diajar bersyukur.
Bila dapat kerja bagus, company dan kawan-kawan bagus, juga mengeluh. Kerja banyak katanya. 
Budak muda zaman sekarang dah tak kenal erti 'punctuality'. Hari-hari datang lewat. Office hour pukul 9, masuk pukul 9.30. Dah datang lewat, sibuk pulak nak balik awal. Nak pegi sana, sini, situ, sinun. Nak buat itu ini. Dia buat company ni macam mak bapak dia yang punya!
Budak muda zaman sekarang buat kerja main-main. Selalu bertangguh. Kerja boleh settle sejam jadi seminggu! Masa kerja busy main game, tonton youtube.
Bila KPI rendah, bising! Kononnya bos kedekut.
Setiap kali tengah bulan, complain duit dah takda. Bila dapat gaji, dalam masa beberapa hari, mengadu gaji dah habis untuk itu ini. Konon nak pegi kerja pun dah takda duit. Gaji bukan 200 300, jadi apa maknanya???
Maknanya gaji tu tak berkat! Kerja sambil lewa, menyusahkan orang sekeliling. Kuat mengeluh. Tak gunakan masa kerja dengan betul. Sikap macam ni punca kepada hilangnya keberkatan.
Ya, tak semua budak muda zaman sekarang berperangai begini. Tapi kebanyakan. Maaf jika ada yang terasa. Tapi aku memang nak 'mereka' terasa. Sedarlah wahai anak muda! Sekarang bukan masa nak mengeluh, bukan masa main-main. Kerja kuat untuk masa depan korang! Kalau rasa taknak kerja, hantar surat resign. Jangan tunggu sampai company bagi 'surat cinta' kat korang. Nanti gelap masa depan, susah dapat kerja lain. Time tu baru sedar langit tinggi ke rendah.
I'm so sick with this kind of people!!!

1 comment :

Aisya Ahamad said...

Ade sorg tmpat sy keje ni. Nampak sgt la, dtg keje lmbt, mengeluh itu ini. Dpt keje sikit dh complaint nk cari keje lain. Gaji nak tinggi aje tp dtg keje main phone. Whtspp, fb bagai.

Tapi bila fikir side positif bagus jugak nmpak benda2 mcm ni. Jadi sendiri beringat2 la supaya tak jadi mcm tu. Huhu.

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol