Monday, July 6, 2015

Kenangan Ramadhan

Dulu-dulu masa zaman sekolah, aku memang dah start berpuasa. Tapi puasa tipu tipu. Disebabkan ibu ayah aku kerja, masa siang aku akan tinggal sorang kat rumah. Adik-adik sekolah. Seingat aku masa tu adik lelaki aku tadika. Bila adik lelaki aku tu balik dari tadika dalam pukul 11 pagi, dia mesti mandi dulu. Of course lah time tu dia tak puasa.
So disebabkan aku yang kekonon baik hati, tuang segelas air sejuk untuk adik lelaki aku tu, suruh dia minum. Even dia taknak pun aku suruh jugak. Last-last masa dia mandi, aku laju-laju habiskan air yang aku tuang tadi. Haha! Punyalah bijak mengaburi mata dia. Pastu bila ibu ayah balik buat-buat lah macam letih sangat berpuasa. Ibu ayah pun percaya je yang anak dia ni puasa. Kehkeh! 
Tapi tu cerita sebelum aku baligh la. Jangan kang ada mengutuk pastu suruh aku ganti puasa bagai. Hehe... Korang??? Selalu tak curi-curi bukak puasa?

2 comments :

Syira Lokman said...

hye..syira lokman jenguk sini n doakan semoga awak murah rezeki :)

mas saari said...

kenangan puasa zaman kanak² memang seronok..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol