Friday, July 3, 2015

Hinakah Menjadi Gemuk??

Aku tak tahu kenapa
Mengapa
Yang gemuk
Yang kurang cantik
Selalu dihina
Kata itu kata ini
Kenapa?
Penting sangatkah paras rupa & bentuk fizikal?
Terbukti suci kah hati mereka yang kurus & lawa?
Aku bukan bias
Aku bukan bersuara kerana aku tergolong dalam kategori gemuk
Tapi aku kasihan melihat golongan aku seolah-olah ditindas
Umpama kami tidak punya hati perasaan.

Kawan aku
Lebih besar badannya dari aku
Mengadu
Rakan-rakan sepejabat acap kali menghina
Bila si dia berjalan
Pasti ada mulut jahat yang mengata
Bila si dia lalu di depan meja kerja rakan-rakan
Kebetulah pc terpadam
Dikatanya perut si dia yang melanggar
Walhal langsung tiada kaitan
Dan disuruhnya si dia ikut laluan lain
Laluan yang lebih jauh.

Hina sangat golongan kami?
Bukankah semua sama di sisi Tuhan?
Bukankah amalan penentu destinasi terakhir?

3 comments :

Ain Syaa said...

sedih kak. kadang2 pg jalan je ada je cakap gemok la itu la.
yang sedih bila nak pilih baju dengan member.
"rasanya macam besar sangat je baju ni"
"laa memang pun besar. kau kan besar" hmm deep sangat rasa

Ain Syaa said...

btw, macam mana ya saya nak edit blog jadi mcm ni. cantik
dah bertahun dah tak bukak blog jadi lupa nak buat mcm mana

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol