Monday, July 20, 2015

Duit Raya

Tradisi bagi duit raya memang tak boleh dilupakan. Ni lah masa yang paling dinanti oleh kanak-kanak. Kau bayangkan bila bebudak ni datang rumah, pastu balik tangan kosong. Pasti terpamer riak kecewa kat muka diorang. Sampai hati??
Tahun ni aku tak dapat duit raya sesen pun. Rasanya last year pun sama kot. Sejak dah keje aku yang memberi, bukan lagi menerima. Tak kisah lah berapa pun habis asalkan hati orang-orang yang menerima tu happy, then aku ok je.
Bezanya raya kali ni aku buat sikit kelainan. Aku hulur duit raya pada ibu. Sebab ibu dah lama berhenti keje, jadi surirumah. So ibu adalah penerima duit raya paling utama tahun ni.
Adik-adik seperti biasa dapat jugak, even yang dah keje pun aku bagi. Tak sampai hati kalau tak bagi. Si cinonet anak buah tercinta, bakal dapat. Pastu aku bagi juga pada nenek dan nenek-nenek saudara kat kampung. Bebudak confirm dapat. Asalkan diorang salam je dengan aku. Haha!
Pada makcik-makcik pun aku bagi. Walaupun tak banyak tapi keihklasan memberi tu penting. Masa kecik-kecik diorang bagi kita duit raya, dah besar ni turn kita lah pulak. Hati bebudak dan orang tua yang happy dapat duit raya, senyuman diorang, satu kepuasan untuk aku.

2 comments :

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... Duit raya kita ni kira sedekah la kan.. Paling tak lupa ibu bapa la..

Siti Yang Menaip said...

hehehe tahun ni CT dapatlah jugak lagi..
slagi x keje x kawen.. mmg akan dpt kalo dalam family..
hehehe..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol