Thursday, July 30, 2015

Start Puasa Ganti

Yeay! Akhirnya berjaya jugak start puasa hari ni. Dari hari Isnin dok tangguh. Semalam si Athirah (officemate nama sama..haih!) kata "esok akak puasa dok? Kalau dok puasa esok takmau kawang!" Dia orang ganu jadi faham-faham je lah loghat dia tu. Hihi!

So hari ni bermula lah puasa ganti. Dia dah start dari Isnin lagi, hakaknya ni yang baru terhegeh-hegeh. Kekonon last week cakap nak puasa sesama. Haha! InsyaALLAH target nak habis ganti puasa dalam bulan Syawal ni jugak. Moga pahala puasa sunat pun dapat tempiasnya sikit.
Selamat berpuasa jugak bagi yang berpuasa!

Wednesday, July 29, 2015

Tuesday, July 28, 2015

Wahai Anak Muda!

Budak muda zaman sekarang bila belum dapat kerja, mengeluh. Bercakap seolah-olah menyalahkan takdir. 
Bila dah dapat kerja, company atau kawan-kawan tak best, mengeluh. Mengumpat mengata mengeji. Bercakap macam tak pernah diajar bersyukur.
Bila dapat kerja bagus, company dan kawan-kawan bagus, juga mengeluh. Kerja banyak katanya. 
Budak muda zaman sekarang dah tak kenal erti 'punctuality'. Hari-hari datang lewat. Office hour pukul 9, masuk pukul 9.30. Dah datang lewat, sibuk pulak nak balik awal. Nak pegi sana, sini, situ, sinun. Nak buat itu ini. Dia buat company ni macam mak bapak dia yang punya!
Budak muda zaman sekarang buat kerja main-main. Selalu bertangguh. Kerja boleh settle sejam jadi seminggu! Masa kerja busy main game, tonton youtube.
Bila KPI rendah, bising! Kononnya bos kedekut.
Setiap kali tengah bulan, complain duit dah takda. Bila dapat gaji, dalam masa beberapa hari, mengadu gaji dah habis untuk itu ini. Konon nak pegi kerja pun dah takda duit. Gaji bukan 200 300, jadi apa maknanya???
Maknanya gaji tu tak berkat! Kerja sambil lewa, menyusahkan orang sekeliling. Kuat mengeluh. Tak gunakan masa kerja dengan betul. Sikap macam ni punca kepada hilangnya keberkatan.
Ya, tak semua budak muda zaman sekarang berperangai begini. Tapi kebanyakan. Maaf jika ada yang terasa. Tapi aku memang nak 'mereka' terasa. Sedarlah wahai anak muda! Sekarang bukan masa nak mengeluh, bukan masa main-main. Kerja kuat untuk masa depan korang! Kalau rasa taknak kerja, hantar surat resign. Jangan tunggu sampai company bagi 'surat cinta' kat korang. Nanti gelap masa depan, susah dapat kerja lain. Time tu baru sedar langit tinggi ke rendah.
I'm so sick with this kind of people!!!

The Best Richness


Monday, July 27, 2015

Morning Motivation

Do your best today for better tomorrow
Happy Monday guys!

Saturday, July 25, 2015

Happy Weekend!

Good morning!
Have a nice weekend peeps!
Stay cool ya.

Friday, July 24, 2015

Gula-Gula Zaman Dulu

Sape pernah merasa gula-gula ni? Gula-gula ke? Ke coklat? Pape je lah asalkan korang faham. Dulu masa aku kecik-kecik benda ni 20sen je kot. 
Yang ni? Pernah makan? Aku suka gak gula-gula ni sebab memula makan rasa masam masam gitu. Tapi pastu manis. 
Nano nano. Yang ni quite popular dulu. Pun sedap jugak. Sampai sekarang aku ingat lagu dalam iklan dia. Nanonanonanonano.......
Sekarang aku tak tau mana nak cari gula-gula daebakkk ni. Susah weh! 

Rezeki Tetamu di Hari Jumaat

Alhamdulillah. Rezeki tetamu hari ni. Kawan ibu all the way from Johor. InsyaALLAH pukul 4 petang nanti sampailah tetamu tu. 
Laksa penang
Bubur Jagung
Simple tapi insyaALLAH menyelerakan :)

Asia's Got Talent Winner

This is awesome!
Such a great & talented people from Philippines.
They deserve to be a winner.
Congrats guys! 

Salam Jumaat


Thursday, July 23, 2015

Hey You!

Hey you! We are not good friend. We rarely talk to each other. But no matter how you feel right now, just stay strong. I don't care what people said about you, coz after all we're human being. We do make mistakes and ya, we all have flaws. I know you're strong enough to go through all this. InsyaALLAH, He has the best plan for you. Remember, there is always a rainbow after the rain. Chill ya!

Yeah! Cuti Time!

Hari ni aku cuti! Yabedabedoooo!!!!!
Inilah cuti raya aku. Hehe...Excited weh! Hari ni cuti, esok cuti, Sabtu cuti, Ahad cuti. Bahagia rasa. Tapi jangan contractor bongok tu nak datang tetiba repair defect ofis this weekend dah la, memang tak lah aku nak melayan.
Hari ni rest, plan nak mengemas bilik. Tengoklah kalau rajin. Esok insyaALLAH kawan ibu all the way from Johor nak datang beraya, so lets prepare laksa yaw! Sabtu pun maybe hari beristirehat. Ahad celebrate birthday si bongsu.
Dan korang yang bekerja selamat bekerja. Selamat bersekolah. Yeehaaa!

Time

Masa aku memang sangat teramat berharga. Aku malas nak buang masa fikir benda yang tak sepatutnya. Aku malas join benda-benda tak berfaedah, dan aku tak ada masa nak menyibuk busy body hal orang lain. Aku terlalu busy untuk membenci orang lain. My time is so precious!

Wednesday, July 22, 2015

Tips Mudah Syukur

Aku tahu hati aku. Kadang-kadang aku jadi macam tak bersyukur. Aku selalu buat perbandingan antara diri aku dengan orang lain. Lepas tu mula mengeluh. Astaghfirullah.....
Aku masih dalam proses belajar. Aku juga manusia biasa yang adakala alpa dan lalai. Sibuk membandingkan diri dengan orang-orang yang di atas aku. Sepatutnya aku tengok orang yang di bawah aku. Mereka yang kurang bernasib baik. Dari situ akan timbulnya rasa syukur.
Jom sama-sama kita berusaha untuk tambah rasa kesyukuran dalam hati. Moga dipermudahkan.

Zikir Hari Rabu


Tuesday, July 21, 2015

Puas Enam vs. Puasa Ganti

Sekadar perkongsian. Wallahualam.
Ini mungkin boleh dijadikan panduan samada bolehkah puasa sunat digabungkan dengan puasa ganti. Sesiapa yang lebih arif, boleh share di ruangan komen :)

Fadilat Puasa Enam

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”   (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
  1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  2. Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  3. Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  4. Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  5. Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
Sumber: shafiqolbu

Monday, July 20, 2015

Diarrhea di Hari Raya

2 Syawal, aku dah tak sihat. Diarrhea. Nak kata aku makan terlalu banyak, takda pun. Ibu kata maybe sebab makan daging banyak. Tapi seingat aku memang tak banyak. Dalam banyak-banyak rumah kitorang pegi, cuma 1 rumah je yang aku makan daging. Tu pun share dengan adik. 
Dari pukul 1 pagi, aku dah start ke toilet. Sampai pukul 3 macam tu, dah 4x aku membuang. Pastu baru lena, pukul 5.30 pagi, terjaga balik sebab sakit perut. Total aku membuang masa 2 Syawal tu, 9x! Huhuhu....Memang seksa. Paling aku risau sebab time tu nak berjalan ke Pahang, beraya rumah Maklong. Bayangkan kalau sepanjang jalan tu aku asek nak ke toilet je. Tak ke haru biru hidup aku. 
Sebelum bertolak, ibu bagi aku makan ubat dulu. Lepas makan ubat tu, adalah dalam 2x lagi aku ke toilet. Lepas tu dah ok sikit. 
Letih memang letih. Dehydrated aku rasa. Yelah, dengan segala makanan dan air dalam badan dibuang, memang macam takda tenaga langsung! Tapi alhamdulillah getting better menjelang malam :)

Duit Raya

Tradisi bagi duit raya memang tak boleh dilupakan. Ni lah masa yang paling dinanti oleh kanak-kanak. Kau bayangkan bila bebudak ni datang rumah, pastu balik tangan kosong. Pasti terpamer riak kecewa kat muka diorang. Sampai hati??
Tahun ni aku tak dapat duit raya sesen pun. Rasanya last year pun sama kot. Sejak dah keje aku yang memberi, bukan lagi menerima. Tak kisah lah berapa pun habis asalkan hati orang-orang yang menerima tu happy, then aku ok je.
Bezanya raya kali ni aku buat sikit kelainan. Aku hulur duit raya pada ibu. Sebab ibu dah lama berhenti keje, jadi surirumah. So ibu adalah penerima duit raya paling utama tahun ni.
Adik-adik seperti biasa dapat jugak, even yang dah keje pun aku bagi. Tak sampai hati kalau tak bagi. Si cinonet anak buah tercinta, bakal dapat. Pastu aku bagi juga pada nenek dan nenek-nenek saudara kat kampung. Bebudak confirm dapat. Asalkan diorang salam je dengan aku. Haha!
Pada makcik-makcik pun aku bagi. Walaupun tak banyak tapi keihklasan memberi tu penting. Masa kecik-kecik diorang bagi kita duit raya, dah besar ni turn kita lah pulak. Hati bebudak dan orang tua yang happy dapat duit raya, senyuman diorang, satu kepuasan untuk aku.

1 Syawal

Raya memang meriah. Time ni dapat berkumpul adik-beradik. Ini masa yang terbaik dan kena manfaatkan sepenuhnya. Ni aku belum kawen, adik-adik ada yang sekolah lagi, so this is the right time. Mana tahu next year aku dah bergelar isteri, kena raya rumah mertua (Aamiin)...Bila masing-masing dah ada keluarga sendiri, nak berkumpul serentak tu payah sikit. Sementara tak ada komitmen, berkumpul lah selagi boleh.
This year cuma Along je tak ada. Giliran dia beraya di rumah mertua kat Sg. Besar. Meh nak share beberapa keping gambar aku & family. Tapi gambar ayah takda sebab as usual masa sesi bergambar, beliau hilang entah ke mana. Sob sob!

Ni memang tema kitorang setiap tahun. Nak kata sedondon pun boleh lah. Sedondon bab design baju je, warna lain. So bila ambik gambar nampak meriah sikit. 
Gubahan bunga yang huduh tu aku buat. Sekian terima kasih, sila kutuk :P
Kitorang raya kat KL je. Lepas solat raya, baru gerak balik kampung kat Tg. Malim. Petang balik semula ke KL. 
Ok bai.

Friday, July 17, 2015

Salam Lebaran

Dengan rasa rendah diri, aku memohon maaf atas segala salah silap aku pada korang. Ya, kita tak pernah bersua. Sekadar rakan di alam maya, tapi mungkin ada post aku yang buat korang tersinggung. Mungkin ada ayat-ayat aku yang kurang sesuai, mohon ampun dan maaf dunia akhirat. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama yang tersayang.

Thursday, July 16, 2015

Selamat Tinggal Ramadhan...

Sekejap je lagi...soon...Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Allah! Masih banyak yang aku kesalkan. Masih banyak yang aku tak buat. Mungkinkah kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang???
InsyaALLAH. Aamiin.

Post Paling Popular Di Blog Aku

Aku usha je. Aku perhati je. Ni memang post yang menduduki carta teratas la. Paling ramai orang view.
Idok le banyak pageview tu macam blog korang. Blog aku bukan fofular punnnnn...Hehe!
So pada korang yang nak buat kuih, boleh ikut resepi yang aku share ni. Sempat lagi nak buat ni. Sebab resepi simple sesangat dan tak perlu banyak bahan.
Untuk Cornflakes Madu sila tekan SINI
Dan untuk resepi kek batik klik KAT SINI
Cornflakes tu kalau taknak bakar pun takpe. Agak-agak leceh, tak payah bakar. Aku bakar sebab nak kasi lekat dan lebih crunchy je. Selamat mencuba!

Persiapan Raya

As usual persiapan raya aku & family simple je. Cuma this year a bit busy since ibu nak buat biskut raya semua sendiri. Dan for the first time aku shopping last minute. Biasanya macam past years aku akan beli baju, kasut, tudung semua sebelum Ramadhan. Sebab aku malas nak bersesak dan penat time puasa semata-mata cari baju raya.
Memula aku settlekan baju adik-adik. Actually bukanlah aku yang settlekan, ibu yang teman diorang shopping. Aku dan Fiqah (sorang lagi adik perempuan aku) just bagi duit je untuk baju diorang. Then aku belikan tudung untuk ibu. Pastu buat kuih. Last Saturday baru dapat shopping. Total ada 4 baju. First & second raya pakai jubah, dan lagi 2 helai tu beli blouse je. Bukanlah untuk raya sangat pun. Saje beli sebab nanti boleh jugak pakai pegi office.
Shawl aku cuma tambah 2 helai. Pastu beli kasut sampai 2 pasang kau! Over sangat! Macamlah nak berjalan sakan. Hehe... Idok leee. Sepasang kasut raya, sepasang lagi aku dah rasmikan pegi office hari tu. Ok aku admit aku memang kurang sabar bila sampai bab nak merasmikan barang baru :P
Hari ni aku masih lagi bekerja. Half day. Balik nanti terus ke dapur tolong ibu masak juadah berbuka + raya. Memang bersilat sampai ke malam lah jawabnya... Juadah raya nanti aku share kat post lain ok. Tata!

Wednesday, July 15, 2015

Motivation


Cinta Yang Sempurna - Qanda

Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan yang tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu

Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Mengapa dugaan melanda engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta 
Suluhkanlah aku 
Dengan rasa yang sempurna 
Di dalam gelapku 
Dan terus bersama dakapanmu cinta yang sempurna 

Andainya kuhilang dalam cinta
Pautkan kusenyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna


*ni the latest lagu melayu favorite aku. Hari-hari dengar. Tapi dengar lagu je, kalau tengok music video nak nanges guling guling sebab terlalu kelakar. Masing-masing macam takda idea nak buat apa dalam video tu. Haha!

Request Dari Ibu

Raya tahun ni, tetiba ibu request kek icing. Ibu nak yang simple simple je. Takmau yang deco nya over. Selain tu ibu juga request....
Bunga kekwa & orkid. Ibu nak gubah sendiri. Tujuan ibu request benda ni sebab ibu nak mengimbas balik kenangan beraya masa muda-muda dulu. Kita layankan aje. So adik aku akan beli kek dan aku keluar duit beli bunga. 
Tapi mana nak cari kedai bunga yang bukak esok????? Takmau beli hari ni sebab nak yang fresh untuk pagi raya nanti.

Balik Kampung

Morning! Dari semalam lebuhraya Karak dah start sesak. Uhuii!!! Kalau balik Kelantan mau nya lepas 15 jam baru sampai. Pernah merasa, tahu macam mana peritnya. 
Apapun drive safe, semoga selamat sampai ke destinasi. Tak payah sibuk nak laju-laju, kampung tu takkan lari ke mana pun. Kalau mengantuk atau penat, tukar driver atau stop. Rest. Jangan paksa diri. 
Pandu dengan cermat. Ingat orang tersayang. Moga semuanya dipermudahkan :)

Tuesday, July 14, 2015

Jodoh Lambat

Alhamdulillah. Jodoh awal atau lambat, semuanya ketentuan Allah. Terima dengan hati terbuka dan penuh redha. InsyaALLAH. Sekarang, Allah beri aku peluang untuk hidup lebih lama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ini masa aku berbakti kepada mereka. :) 

Monday, July 13, 2015

Resepi: Cornflakes Madu

Untuk sesiapa yang nak try buat kuih raya yang simple dan sedap, boleh try resepi ni. Kesukaan kanak-kanak dan jugak mak bapak budak. Hehe... Ni resepi untuk 2 adunan ok.
Bahan-bahan
2 kotak Cornflakes (apa-apa brand)
2 Buttercup (500g)
2 cawan gula pasir (tak payah penuh, nanti manis pulak)
2 cawan madu (pun tak payah penuh)
Cara-cara
1) Cairkan buttercup dan gula. Sentiasa kacau supaya tak hangus. Pastikan gula betul-betul cair. Kalau tak nanti korang gigit gula pulak nanti.
2) Masukkan madu. Kacau lagi sampai mendidih. Tutup api.
3) Masukkan cornflakes dalam campuran tadi. Gaul sampai sebati. 
4) Sudukan/masukkan dalam cup kuih. 
5) Panaskan oven. Bila oven dah panas, bakar cornflakes madu tadi dalam masa 5-10 minit. Suhu tak perlu terlalu tinggi sebab kita nak bagi cornflakes tu melekat antara 1 sama lain je. 

Siap!

Morning!

Morning! Salam Isnin. 
Have a nice & great day guys!

Friday, July 10, 2015

Deco Raya Ofis

Semalam masa break hour, aku dan beberapa orang colleague pegi Giant, beli barang-barang untuk deco ofis. Nak raya kan? Haruslah deco, kasi mood raya tu meresap masuk ke dalam jiwa sampai memasing malas nak keje. Haha! 
Macam-macam kitorang beli. Kat Giant ada satu section yang khas menjual barang hiasan Aidilfitri. Kitorang dok sambar lampu liplapliplap, ketupat kertas yang warna warni tu, pastu entah rambu ramba ape tah. Semua tu nak gantung la kekonon. Pastu sambar pulak 4 batang pelita warna warni. Ha kau! Biru merah kuning hijau semua ada. Memang meriah sesangat lah ofis kitorang.
Sampai ofis terus deco. Tak menyempat kau kan! Each floor dapat barang deco memasing. Time deco kat G floor, habis sorang pun takda kat department aku. Semua pakat dok menolong kat bawah. Aku tolong tengok aje. Heee~~
Lepas je siap deco terus rasa macam sayu, sebak. Sebab hampirnya Aidilfitri bermakna semakin hampir kita dengan penghujung Ramadhan. Tahun depan berkesempatan ke kita bertemu bulan mulia ni lagi?
Nanti aku upload gambar ofis kat sini ok. Tadi tak sempat snap gambar.

Thursday, July 9, 2015

Random #2

Cuti weekend bermula. Alhamdulillah. Since last week banyak benda perlu dihadap, finally dapatlah rest kan kepala otak dari hal kerja weekend ni. Esok buat kuih, penat badan tapi at least tak payah sesakkan fikiran dengan hal kerja. Kan? Hope si Iqbal boleh handle everything esok. 
Hari ni aku balik keje, terus menuju ke dapur. Dah kebiasaan sebab time aku sampai rumah, ibu ada kat dapur tengah memasak. So menu hari ni, gulai terung, sambal ikan, ayam goreng kunyit lebihan sahur semalam. Pastu ibu buat onde-onde. Penuh semangkuk! Dah tu tengok dalam kuali ada pulak mee goreng. Sakan ibu memasak hari ni. Korang pulak apa juadah berbuka hari ni?

Cuti

Esok cuti yeay! Saje aku ambil cuti esok sebab ibu nak buat kuih raya. Sabtu nanti nak keluar shopping so aku takut tak sempat pulak. At least 2 hari diperlukan untuk buat kuih. Sebab this year ibu taknak beli. Semua nak buat. Adoilaaaaa.......Tapi takpelah, maybe boleh jimat sikit kot sebab kuih raya pun sekarang naik harga sempena GST. Tak gituu??
Gambar tak ada kaitan dengan topik. Haha! Kepala otak bercelaru :P

22 Ramadhan

Salam 22 Ramadhan.
Salam Khamis.
Sape belum bayar zakat sila lah ringankan tangan pegi bayar ok. 

Wednesday, July 8, 2015

Membazir

Jangan membazir ok! Beli ikut keperluan je.

Kau Ada Degree Kan?

Bila aku teringat balik soalan ni, aku senyum sendirian. One of my boss tanya kat aku "kau ada degree kan?" Aku dengan lurus jawab "Ada"
"Ha kalau ada degree buat keje macam orang ada degree. Buat keje pakai otak."
Masa boss cakap macam tu aku tersentak jugak sebab sebelum tu dia kata report aku sampah. Masa tu marah, tapi dalam hati je. Diam je. Boss is always right. Remember??
Tapi lepas keluar dari bilik dia, aku fikir balik. Mungkin ada hikmahnya. Positif! Kita kena selalu positif! Walaupun kalau ikut kata kawan-kawan, bos tu memang suka cakap kasar dan most of them pernah kena maki, tapi aku tetap nak positif. Ada kekurangan aku yang aku perlu perbaiki. Aku boleh improve keje aku. InsyaALLAH berkat usaha nanti 'sampah' tu akan bertukar menjadi permata berharga. Who knows kan? :)
Ala lagipun apalah sangat dengan soalan tu. Aku pernah dikata lembab, tak agresif, dan macam-macam lagi masa keje kat tempat sebelum ni. Haha! Chill lah!

21 Ramadhan

Salam 21 Ramadhan. Dah istighfar pagi ni? Jom! Istighfar dan mohonlah keampunan dari Allah dengan hati yang benar-benar ikhlas. InsyaALLAH.

Tuesday, July 7, 2015

Bila Aku Marah...

Orang kata marah ni sifat syaitan. Orang kata masa marah macam-macam kita boleh cakap. Orang kata kalau marah jangan simpan dalam hati.
Tapi Rasulullah kata...
Tak ramai yang ikut kata Rasulullah. Zaman sekarang, orang lebih suka memaki hamun bila marah daripada diam, duduk atau berwuduk.
Aku? Sejujurnya adakala aku terlalu ikutkan hati dan perasaan. Rasa marah yang meluap-luap membuatkan aku seakan hilang ingatan. Cakap apa aku nak. Tapi semuanya bergantung kepada situasi. Ada masanya mood aku baik, cool, datanglah sejuta orang memaki hamun aku pun, aku tetap boleh rileks. Aku masih boleh tersenyum. Entah. Mungkin masa ni iman kuat, Allah jaga hati aku. 
Sepanjang aku kerja di tempat baru, bukan tak ada orang-orang yang cuba menaikkan kemarahan aku. Tapi aku masih boleh bersabar. Tak pernah lagi aku menengking, memaki hamun tak tentu hala. Alhamdulillah. Moga sifat ni berterusan tak kira bila dan di mana.
Sama-sama kita ikut tips Rasulullah. Boleh. Bukan tak boleh. Yakin pada diri sendiri. Rasulullah tak pernah menipu. Tips ni memang sangat sangat berguna.

Monday, July 6, 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah. Sedar tak sedar kita dah pun memasuki fasa pengampunan, yakni malam 10 terakhir Ramadhan. Cepat masa berlalu sampaikan tak sangka dah penghujung Ramadhan. Allahuakbar.
10 malam terakhir Ramadhan, sinonim dengan malam Lailatul Qadar.
Jom sama-sama kita pecutkan segala amal ibadah kita dalam fasa-fasa terakhir ni. Korbankan masa tidur kita, bangun ber-qiamullail. Solat sunat, zikir, wirid, mengaji Al-Quran. Moga kita dipertemukan dengan malam indah ini insyaALLAH :')
Bagi wanita yang datang haid pada 10 malam terakhir ni, jangan rasa rugi. Korang juga boleh menghidupkan malam-malam ni.
Korang juga masih boleh bangun 1/3 malam.
Berzikir.
Beristighfar memohon keampunan dari Allah.
Membaca terjemahan ayat Al-Quran.
Berdoa.
Moga segala amalan diterima Allah. 

Cuba Tahun Ni Jangan Balik Kampung

Statement paling tak boleh blah tahun ni. Hahaha! Tak tahu nak gelak ke nak nangis. 
Masa dengar 'dia' tu bercakap, aku like...."what?????? Say it again please"
Adoilaaa.... Rakyat bising bukan sebab kena balik kampung, so perbelanjaan meningkat. Tapi rakyat bising sebab bila harga minyak naik, tol bakal naik, semua benda nak naik, ianya effect pada perbelanjaan HARIAN. Hari-hari drive pergi kerja, ada orang duduk jauh dari ofis so kena bayar tol setiap hari. Itu sebabnya. Rakyat Malaysia bukan kaya-raya, jutawan bagai sampai boleh bayar beratus ringgit setiap hari.
Aku sampai sekarang tak terfikir macam mana cadangan 'bernas' tu boleh terbit dari seseorang yang kononnya bergelar pakar. 

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol