Friday, June 26, 2015

Sayangi Kerja Anda

Dari pemerhatian aku, ramai budak muda sekarang, yang baru habis study, yang baru dapat first job, tak hargai kerja mereka. Datang lambat, kerja main-main, suruh buat benda simple yang sepatutnya settle dalam masa setengah jam pun boleh jadi 2 3 jam. 
Company bagus, kawan-kawan sekepala, bos ok tak banyak kerenah. Tu pun tak reti hargai.
Bercakap dari pengalaman, company lama aku dulu macam hampeh. Almost 2 years kerja tapi 1 sen gaji pun tak ada! Lewat seminit sampai ofis terus kena potong gaji. Tak hantar planning kerja kena tolak RM25 dari gaji. Bayangkan...
Dapat company yang sejuta kali lebih baik dari tu, membuatkan aku sangat bersyukur. Berbeza dengan budak muda sekarang. Rezeki awak tu adik-adik ku. Dapat kerja bagus, company gempak. Kalau kena macam akak dulu, baru tahu langit tinggi ke rendah.
Bersyukurlah. Bekerjalah. Cari rezeki yang berkat. Rajinlah adik-adikku.

6 comments :

----- ----- said...

"Love your job but don't love the company, because you may not know when your company stops loving you".

----- ----- said...

"Love your job but don't love the company, because you may not know when your company stops loving you".

Ahmad Hasif said...

itu la kan.. hmmm.. kalau dorg xnk kerja tu ramai lagi org yg hargai kerja itu perlukan diluar sana..

salam perkenalan..

Blogwalking sini :-

Panduan Lengkap Cara Setup Domain Dot My di BlogSpot

Lieya Von Jay said...

kalau biasa susah baru tahu nak hargai sesuatu kan... slmt berhujung mggu >_<

Chic Na said...

bukan senang nak dapat company bagus camtu.. bersyukur la kan..

Cik Yaya said...

terasa pedas plak ttbe ni..
hahahah =p

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol