Monday, June 22, 2015

Rezeki Itu Jaminan Allah

Bulan Ramadhan kali ni, pertama kali adik lelaki aku berniaga. Berniaga jus buah. Setiap hari ibu akan bantu adik aku kupas buah, potong buah, blend dan packing jus. Aku je belum berkesempatan tolong sebab kerja. 
Bila family kami terlibat secara langsung dalam perniagaan, baru aku sedar bahawasanya tak semua perniagaan maju. Sebelum ni, dari mata kasar aku sebagai orang yang sekadar tengok orang-orang berniaga, dalam hati kata "bestnya berniaga. Banyak untung."
Hakikatknya tak pun. Mana yang untung, untunglah. Mana yang rugi, rugilah. 
Macam adik aku, kadang-kadang takda langsung jus buah yang terjual. Paling banyak pun 11 bungkus je laku dalam sehari. Ibu kata takpelah. Allah dah tetapkan takat tu je rezeki. Mesti ada hikmah kenapa Allah bagi macam tu. Tapi normal untuk adik aku rasa down. Bukan sikit modal yang dikeluarkan. Tapi kitorang sebagai orang terdekat tetap bagi semangat pada dia.
Mungkin juga tahap ekonomi sekarang buat orang beli apa yang perlu je. Jus buah ni orang boleh blend sendiri kat rumah kan. Macam adik aku cerita, gerai sebelah dia jual mee sup, bihun sup, tapi adakala sebungkus pun tak terjual. Allah! Tak dapat aku bayangkan perasaan peniaga-peniaga ni. Aku yang tengok betapa struggle nya adik aku mencari rezeki dan akhirnya rugi ni pun, sedih. Inikan pulak kalau aku berada di tempat mereka.
Apapun keadaan, berbalik pada Allah. Yakin dengan kekuasaan Allah. Dia Maha Pemberi. 
Moga segala usaha, titik peluh para peniaga diberkati Allah. Moga mereka semua dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkat.

1 comment :

Chic Na said...

betul tu.. kena banyak sabar lebih2 lg time br start berniaga.. apepun terus berusaha & berdoa.. semoga adik didiey dimurahkan rezeki, inshaAllah..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol