Tuesday, June 23, 2015

Resepi: Sotong Goreng Kunyit

Bulan puasa ni, ramai yang pening nak masak apa. So kali ni aku nak share resepi yang simple je. Sotong Goreng Kunyit, Sebenarnya pepagi buta member sekolah dulu dah whatsapp kat group tanya sotong ni best masak apa selain sambal. Dah alang-alang share dengan dia, aku share sekali kat korang.

Bahan-bahan:
Sotong (ikut suka hati korang banyak mana)
Serbuk kunyit
Carrot
Kacang panjang
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Minyak masak
Garam (secukup rasa)

Cara-cara:
1) Gaul sotong dengan serbuk kunyit & garam.
2) Panaskan minyak.
3) Masukkan sotong. Biarkan sampai sotong masak. Rajinkan diri untuk kacau, takut nanti hangus pulak.
4) Bila sotong dah hampir masak dan air yang keluar dari sotong tu hampir kering, masukkan bawang putih, bawang merah, kacang panjang & carrot.
5) Gaul dan biarkan sampai sayur + bawang masak/layu sikit.

Siap! Tapi aku suka pedas, jadinya aku buat extra sikit keje. Aku blend bawang kecil + cili padi + sikit air. Pastu aku tumis sampai cili masak & garing. Last sekali aku gaulkan sotong goreng kunyit tadi dengan cili padi yang ditumis.
Yummy!!!! Selamat mencuba!
*Sorry takda gambar. Bulan puasa tak elok upload gambar makanan. Takut nanti pahala berkurang sebab buat orang terliur dengan gambar makanan kita tu.


3 comments :

Maria Firdz said...

Semalam buat resepi goreng kunyit gak.. Tapi guna ayam..

Chic Na said...

dappnye.. boleh cuba.. thanks didiey! :)

Cik Yaya said...

dap..dapp

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol