Sunday, June 7, 2015

Remaja Zaman Sekarang

Kejadian ni berlaku dalam monorail, masa aku dan adik-adik nak ke stesen Raja Chulan semalam. Kisahnya ada sepasang suami isteri masuk, si isteri dukung anak perempuan diorang. Pastu ada sorang lelaki yang tengah duduk dengan baik hati bangun dengan niat nak bagi seat dia pada si ibu tadi. Baru je si ibu nak melangkah, tetiba ada dua orang remaja yang memang tak ada sivik dan muka tak tahu malu duduk kat seat tu. Muka tak bersalah langsung! Siap boleh borak dan bergelak ketawa lagi. Mujur ada sorang lagi hamba Allah bangun dan offer seat dia. 
Kalau aku dekat dengan budak-budak tu, memang aku akan sound! Biadap! 
Setahu aku sekarang ni ada subjek sivik kat sekolah. Tak belajar ke? Benda macam ni even kau tak belajar pun, kau boleh guna common sense je. Benda simple je pun.
Tak semua berperangai macam tu, tapi majority yang aku jumpa memang macam tu lah sikapnya. Biadap, tak hormat orang tua. Ini ke orang-orang yang kita harapkan untuk memimpin dan membangunkan negara satu hari nanti? 

4 comments :

Chic Na said...

byk gak jumpa kes2 mcm ni.. subjek sivik sekadar belajar je kot, tak dipraktikkan.. huhu..

Cik Yaya said...

salam thirah ..

ish..itu mmg kurang adab tu..
cmtu yek prngai budak2 skrng ni..
nk cri yg sopan mmg sush nk jmpe..
yela dgn keadaan skrng ni ..p sekolah main gajet je agknye =_=

cik Anggur said...

dh kenapa la tak de perasaan malu bebudak tu....Allah

AinAthirah Anuar said...

MashaAllah , buruk betul perangai. hmmm 1st time naik kut depa tu. piat teling sikit biaq sedaq.

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol