Saturday, June 20, 2015

Menepati Masa

Masa...berapa ramai antara kita yang benar-benar menepati masa? Aku cukup pantang dengan orang-orang yang tak menepati masa. PUNCTUALITY.
Bagi aku kalau nak tengok disiplin diri seseorang, tengok sikap antara dia dan masa. Janji pukul 8 tapi pukul 10 pun tak muncul. Berdisiplin ke orang macam tu? Aku salah seorang yang sangat menepati masa. Dan aku memang tak suka menunggu. Walaupun sekadar 15 minit. Kalau lebih 15 minit tak sampai lagi, hati aku dah start panas. Hangen weh! 
Melainkan kalau lambat sebab ada hal penting, then it's ok. Yelah, kadang-kadang kita ni ada urgent matters kan. Emergency. Tu aku boleh consider. Tapi kalau saja-saja lambat, memang sejenis manusia yang tak reti disiplinkan diri dengan menepati masa, kena sound kaw kaw nanti. 
Susah nak jumpa orang yang menepati masa sekarang ni. Asyik lewat je. Pastu bagi alasan traffic jammed lah, kucing cirit-birit lah, itulah inilah. Rasa nak lempang aje. 
Bagi orang-orang yang bekerja. Aku nak nasihat sikit. Kau dibayar gaji untuk kerja dari pukul 8.30a.m. sampai 5.30p.m. (contoh). Tapi kau masuk office pukul 9a.m. Pastu time balik, kau balik. Berkat ke gaji kau tu??? Ada yang kata "ala masuk lewat nanti kita ganti lah." Ikut suka hati kau je nak ganti-ganti kan? Kekonon kerja lebih dari 5.30 tu ganti lah ek? Podacit! Nanti tup tup hujung bulan claim OT. Apa citer??
Masa, disiplin, keberkatan....saling berkait. Kalau kita pandai jaga masa insyaALLAH yang lain pun akan lebih terjaga, lebih berdisiplin. Wallahualam.

3 comments :

AinAthirah Anuar said...

setuju ! kalau zaman belajar ni , jenis kawan yang nak kekelas nak kena teman , tapi besiap lama gila t.t , nak makan ajak teman , besiap lama jugak . haih

Chic Na said...

sama lah kita.. tak suka menunggu dan ditunggu.. melainkan kalau betul2 ada masalah yg xdapat dielakkan..

mardiana abu darin said...

Huhuhu....yes. Kita serupa. Akk jenis puntual. Dah serius tak paham...for those yg x reti2 nak menepati masa....nak2 tu yg buat kite tertunggu2..x reti2 pulak nak bgk tahu lambat ke?..(crk alasan)

Ooppps terlebih emo bab2 menepati masa ni...

Salam Ramadan dik!

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol