Monday, June 8, 2015

Kita Semua Tak Sama

Dulu, aku selalu tengok perempuan cantik-cantik pastu aku kata "kenapalah aku tak cantik macam dia."
Dulu, bila aku tengok orang lain bahagia, aku cakap kat diri aku "dia tu dah lah cantik, happy je selalu."
Dulu, bila ada kawan-kawan kawen di usia muda, aku kata "aku ni umur dah berapa tak kawen kawen lagi. Untungnya dia dapat kawen awal."
Hakikatknya, kita semua tak sama. Rezeki, jodoh, semua lain-lain. Ada orang kawen awal tapi kurang bahagia. Ada orang kawen awal, ada suami ada isteri tapi mak ayah dah tak ada. 
Ada orang pulak muka cantik tapi adakala kecantikan tu menyusahkan dirinya. Ada orang muka tak lawa tapi ramai kawan yang menyenangkan.
Setiap orang suka nya lain, duka nya pun lain. Allah takkan bagi kita bahagia sepanjang masa dan Allah takkan bagi hambaNya bersedih setiap saat. Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bersyukurlah. Aku juga belajar bersyukur hari demi hari. Muka aku tak lawa, badan aku tak slim tapi alhamdulillah aku cukup sifat. Aku belum ditemukan jodoh tapi alhamdulillah aku masih ada ibu & ayah serta adik beradik yang ramai. Bukankah doa seorang ibu & ayah itu paling afdhal. 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Lihat diri dan tengok yang baik-baik je. Allah tak bagi apa kita nak, Dia bagi apa kita perlu. Untuk belajar bersyukur, selalu tengok orang yang dibawah kita. Baru kita tahu betapa bertuahnya kita.

5 comments :

AinAthirah Anuar said...

Lama tak singgah sini. hai awaks... Are you okay ? iolls nak spam setiap entry ni. bye :p

Baidewei setiap orang dilahirkan berbeza2. masing2 ada kelebihan dan keistimewaan masing2. tak perlu nak banding2kan. apadahal dengan bandingkan diri senidri dengan org lain. Orang lain , orang lain la, kita still kita. setakat 2 3 yang mngata jangan risau 100 lagi belakang kita support ^^

Chic Na said...

kadang2 terfikir jugak macam tu. tp cepat2 ingatkan diri bersyukur seadanya. biasa la manusia kan. masing2 ada kelebihan & kekurangan.

Cik Yaya said...

salam..
aipp..jgn la kate xcntik..kita semua makhluk Allah..semua cntik2.. =) memng kita semua xsama,jd pndgn mata pun xkan sama..ade stgh org tu tgok org lain cntik,tp mte kita tgok kurang cntik,ade pula stgh org tgok kurang cntik tp mta kita pula tgok,cantik..^_^ tiap orang ade kurang dan lebih,kan..

Alhamdulillah..sntiasa bsyukur dgn apa yg ad..dan xkan pts bdoa mghrap yg tbaik darinya, yg bersesuaian dgn diri kita =)InsyaAllah

Zizie Zack said...

Alhamdulillah... mesti ada yg lagi menderita dr kita.. syukur :)

Ayuni said...

betul, lain orang lainlah rezeki, cukup tak suka bila orang suka membezakan....

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol