Friday, June 12, 2015

Kisah Benar: Berkat Sedekah

Pagi Jumaat ni, hujan membasahi bumi. Aku ambik berkat Jumaat untuk kongsikan kisah benar yang terjadi kepada ayah aku beberapa minggu lepas. 
Satu malam tu, ibu ayah keluar makan kat Mee Tarik Warisan Asli cawangan Sri Gombak. Tapi sebelum makan ayah berjalan kaki ke salah sebuah bank untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Masa ayah keluarkan duit, ada sorang lagi lelaki Cina kat situ. Tiba-tiba masuk 2 orang lelaki pakai helmet dan bawa parang & pisau panjang. Perompak tu attack lelaki Cina yang dengan ayah tadi. Tapi diorang tak sentuh ayah langsung. Cuma salah seorang dari perompak tu kata pada ayah "kau melayu kan? So diam-diam je" (dari nada & suara, ayah kata perompak tu Melayu)
Ayah tak boleh buat apa-apa sebab ayah pun harus lindungi diri sendiri jugak. Lelaki Cina tadi dipaksa keluarkan semua duit dalam akaun dia. Pisau panjang diacukan ke leher lelaki Cina tadi. Ayah pulak tak dibenarkan keluar dari kawasan tu. Tak lama lepas tu masuk pulak sorang lagi lelaki Cina. Dia pun kena attack. Dipaksa keluarkan duit. Tapi lelaki Cina kedua tu, seakan degil, melawan. Buat-buat lupa PIN no, bunyikan alarm kereta. Dia disepak terajang. Ayah shaking, takut, sebab taknak ada pembunuhan berlaku depan mata. Tapi at last lelaki Cina tu keluarkan jugak duit, terpaksa.
Ibu kata masa ayah balik dari bank, muka ayah sangat sangat pucat! Mungkin perompak tu racist. Mungkin diorang berdendam dengan orang-orang Cina. Wallahualam.
Pagi tadi ibu imbas balik apa yang berlaku pada ayah. Ibu cakap mungkin Allah selamatkan ayah sebab masa pagi kejadian, ibu & ayah breakfast di satu kedai. Kat cashier ada tabung derma untuk anak-anak yatim. Ibu masukkan RM5 je dalam tabung tu. Ibu tak masukkan banyak, sekadar jumlah tu. Dan malam tu, Allah tolong ayah. 1 sen pun duit ayah tak diambil.
Hebatnya sedekah. Aku bersyukur sebab ayah tak apa-apa. Asalkan ayah tak cedera, dah memadai bagi kami sekeluarga. Dan aku harap lelaki-lelaki Cina yang dirompak tu tabah. Moga ada rezeki lain untuk diorang.

4 comments :

Ain Syaa said...

assalamualaikum,
blokwalking here. salam ukhwah fillah
jom join ain punya first giveaway.

http://ainsyaa96.blogspot.com/2015/05/assalamualaikum.html

Chic Na said...

seriau nya kejadian tu.. tak dapat bayangkan kalau jadi kat kita..

betul gak tu, hikmah bersedekah mungkin..

Cik Yaya said...

SUBHANALLAH..
memang itu takdir Allah,kan...
Alhamdulillah ayh xde kne apa2..

Siti Yang Menaip said...

sebab Allah dah janji.. dgn memberi insyallah Dia akan tambah lagi..
tapi sejauh mana kita yakin..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol