Friday, June 19, 2015

First Aider Training

Hari Isnin dan Selasa lepas, aku pegi First Aider Training anjuran HSE department company tempat aku kerja. Orang-orang terpilih je pegi. Sebab orang-orang ni yang akan bergelar First Aider kalau berlaku kecemasan kat office.
Seriously training ni sangat best! Walaupun kena tengok gambar-gambar ngeri orang accident, putus tangan, tulang bengkok, tempurung kepala terbukak, kulit tangan terkoyak, tapi aku suka. Aku geli jugak nak tengok tapi tak lah over. Mata aku masih mampu tengok gambar-gambar tu tanpa toleh muka ke arah lain. Hahaha!
InsyaALLAH nanti aku akan share pengalaman kat sana. Dan aku akan kongsi cara-cara yang betul untuk korang bertindak kalau berlaku kecemasan. Trainer tu pesan, share apa yang kitorang pelajari dengan sesiapa je. Jadi atas dasar tanggungjawab, dan aku ni sejenis manusia yang suka berkongsi, aku akan bagitau lah nanti. Haha!
Kalau aku post gambar ngeri macam aku cakap tadi, korang geli tak? Takmau lah nanti ada yang pengsan bila bukak blog aku ni. Kikiki....

1 comment :

Siti Yang Menaip said...

alamak.. ngeri nya dngr kena tngk gmbr2 gitu..
huurm.. mmg jiwa kental ni..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol