Tuesday, June 30, 2015

Trend

Well, it's true. Trend nowadays...

Aktiviti Hari Ni

Hari ni iftar company dan aku incharge untuk birthday celebration staff. Berdebar rasa. Menjadi ke elemen surprise tu? Cuak. Tapi akau harap semuanya berjalan lancar. Please for me ya! Nanti aku kongsikan beberapa gambar sepanjang iftar tu berlangsung. InsyaALLAH.

First Step


Monday, June 29, 2015

Iftar + Birthday Celebration

Pheww! Esok ada iftar company. Dan diselitkan elemen surprise birthday celebration untuk staff yang lahir pada bulan April, May & June. Fyi, company tempat aku mencari rezeki halal ni memang celebrate birthday staff 3 bulan sekali. Dan semuanya under aku dan Iqbal.
Menjadi ke idok surprise tu nanti, wallahualam. As long as everything goes well & smooth, aku dah puas hati. Video yang aku buat, hmmm....Guna movie maker je. Buat sensorang. Aku bukan kreatif macam orang lain, dan jarang sangat aku buat video. 
Tadi settle briefing semua dayang-dayang yang bakal bertugas esok. Haha! Dipaksa untuk kerah keringat. Aku memang dengki sebab takmau diorang duduk rileks makan makan makan. Kehkeh! Kek, cupcakes & coklat esok siap insyaALLAH. Please pray for me. Moga semuanya berjalan lancar. Cuak beb sebab aku kena bawak kek dari pintu masuk. Ohoiii!!! I hate too much attention!

Bangkit Selepas Kegagalan

Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Yang penting bagaimana kita menghadapi tekanan & kegagalan tu. Ada orang lepas gagal, terus stop. Dan ada orang lepas gagal dia mencuba lebih lagi. Kita yang mana? 

Friday, June 26, 2015

Sayangi Kerja Anda

Dari pemerhatian aku, ramai budak muda sekarang, yang baru habis study, yang baru dapat first job, tak hargai kerja mereka. Datang lambat, kerja main-main, suruh buat benda simple yang sepatutnya settle dalam masa setengah jam pun boleh jadi 2 3 jam. 
Company bagus, kawan-kawan sekepala, bos ok tak banyak kerenah. Tu pun tak reti hargai.
Bercakap dari pengalaman, company lama aku dulu macam hampeh. Almost 2 years kerja tapi 1 sen gaji pun tak ada! Lewat seminit sampai ofis terus kena potong gaji. Tak hantar planning kerja kena tolak RM25 dari gaji. Bayangkan...
Dapat company yang sejuta kali lebih baik dari tu, membuatkan aku sangat bersyukur. Berbeza dengan budak muda sekarang. Rezeki awak tu adik-adik ku. Dapat kerja bagus, company gempak. Kalau kena macam akak dulu, baru tahu langit tinggi ke rendah.
Bersyukurlah. Bekerjalah. Cari rezeki yang berkat. Rajinlah adik-adikku.

Wahai Blogger Sekalian

Ikhlas dari hati, aku nak tegur sikit sikap sesetengah blogger yang pada aku tak layak pun menjadi seorang blogger. Sebab blogger sebegini, habis buruk persepsi orang pada blogger lain. 
Blogger yang aku maksudkan adalah blogger yang terlalu ghairah mengejar trafik dengan menulis cerita-cerita gosip dan belum tentu kesahihannya. Aku sememangnya kurang gemar dengan blog-blog gosip. Kadang-kadang blogger ni tulis cerita yang tak betul sehingga menimbulkan fitnah!
Satu perkara perlu diingat. Kita yang ada blog ni, kita sendiri tentukan kita nak buat pahala atau mengutip dosa. Blog ni medium untuk kita bersuara, menulis & menyebarkan dakwah. Tapi gosip yang menjadi bahan utama, ke mana hala tuju kita? Sebanyak mana dosa yang kita nak kutip?
Dosa memfitnah dapat. Dosa si tukang komen yang tumpang sekaki tambah fitnah tu pun, kita sama-sama tanggung. Suka ke kalau blog kita dijadikan tempat orang lain memaki hamun dan bergaduh sesama sendiri?
Kita sendiri tentukan hala tuju kita di akhirat kelak. Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan subjek penulisan yang baik. Fikir sebelum tulis.

9 Ramadhan


Thursday, June 25, 2015

8 Ramadhan


Baik vs Buruk

Kita punya 2 pilihan. Baik atau buruk. Jika baik pilihan kita, baiklah amalan dan pengakhirannya. Tetapi jika buruk yang menjadi pilihan, buruklah pengakhiran hidup kita. Fikir. Muhasabah diri. Ramai nak yang nak ikut jalan baik tapi usahanya?? Harus diingat, bila baik menjadi pilihan maka muncul lah dugaan yang tak pernah terbayang di ruangan mata. Berdoa pada Allah sentiasa agar hati kita selalu kuat, iman kita kekal teguh, agar walau apa yang berlaku, kita tetap di landasan yang benar. 
Salam Khamis sayang-sayangku.

Wednesday, June 24, 2015

Fesyen Baju Melayu 2015

Design terbaru. Design entah apa-apa. Design kelaut. Design hampeh.
Tu yang aku boleh kata. Baju Melayu Hipster memulakan legasi pelik. Pastu diikuti dengan baju melayu yang terdedah di bahagian bahu. Ya. Memang bukan aurat lelaki, tapi jagalah adat Melayu. Jaga tatasusila berpakaian Melayu. Yang hipster sangat kononnya tu, aku tengok kemain ketat lagi. Bajunya seolah-olah nak tayang body sado. Seluarnya ketat yang amat macam nak tunjuk 'benjolan' yang ada. Kau dah kenapa nak pakai macam tu????
Korang pun tahu sendiri design baju apa yang aku maksudkan. Mungkin korang pun dah tengok. Aku malas nak semakkan blog aku dengan design baju yang.....hurmmm......
Cuba pakai baju melayu macam ni. Longgar, design cantik, kemas. Sejuk mata memandang. Kalau kau pakai hipster tu depan aku, dengan bahu terdedah segala bagai, ku tendang badan kau! Haha!

Tunjang Kebahagiaan

Semua orang mampu kecap bahagia. Tunjangnya ialah usaha, doa, restu ibu bapa & keyakinan pada ketentuan Yang Maha Esa. AturanNya seringkali pada awalnya mengelirukan, tetapi bila kau jalan rapat-rapat dengan Tuhan, segalanya akan nampak makin jelas. Bahagia itu datang dari hati yang tidak disimpan rasa dendam, benci, dengki dan iri hati. Ia datang dari hati yang lapang, yang memaafkan semua kesalahan orang, yang bersangka baik walau apa jua yang mendatang.
Hari ini kita usahakan untuk buang semua rasa 'buruk' yang bersarang di hati untuk berdada lapang. Selamat menghidupkan Ramadhan & bila Syawal tiba kita mampu jadi pemenang.

*Copy paste dari ig dr.afl

7 Ramadhan

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tuesday, June 23, 2015

Resepi: Sotong Goreng Kunyit

Bulan puasa ni, ramai yang pening nak masak apa. So kali ni aku nak share resepi yang simple je. Sotong Goreng Kunyit, Sebenarnya pepagi buta member sekolah dulu dah whatsapp kat group tanya sotong ni best masak apa selain sambal. Dah alang-alang share dengan dia, aku share sekali kat korang.

Bahan-bahan:
Sotong (ikut suka hati korang banyak mana)
Serbuk kunyit
Carrot
Kacang panjang
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Minyak masak
Garam (secukup rasa)

Cara-cara:
1) Gaul sotong dengan serbuk kunyit & garam.
2) Panaskan minyak.
3) Masukkan sotong. Biarkan sampai sotong masak. Rajinkan diri untuk kacau, takut nanti hangus pulak.
4) Bila sotong dah hampir masak dan air yang keluar dari sotong tu hampir kering, masukkan bawang putih, bawang merah, kacang panjang & carrot.
5) Gaul dan biarkan sampai sayur + bawang masak/layu sikit.

Siap! Tapi aku suka pedas, jadinya aku buat extra sikit keje. Aku blend bawang kecil + cili padi + sikit air. Pastu aku tumis sampai cili masak & garing. Last sekali aku gaulkan sotong goreng kunyit tadi dengan cili padi yang ditumis.
Yummy!!!! Selamat mencuba!
*Sorry takda gambar. Bulan puasa tak elok upload gambar makanan. Takut nanti pahala berkurang sebab buat orang terliur dengan gambar makanan kita tu.


Tanda Rezeki Berkat


Jodoh

Hehehe....Betul tu ustaz, tak comel takpe.
:P

6 Ramadhan

Jaga hati.
Jaga mata.
Jaga mulut.

Monday, June 22, 2015

Update: Shopping Raya 2015

Update setakat 22 Jun 2015: Berbaki 206 penerima manfaat untuk ditaja.
Jom bantu kami untuk menggembirakan penerima manfaat untuk #shoppingraya2015. Doakan semoga semua penerima manfaat ini ditaja sepenuhnya seawal mungkin bagi membolehkan program ini dijalankan seawal minggu pertama Ramadhan tahun ini.
Petua berkongsi sumbangan:
1) RM200 / 2 orang = RM100 tajaan yang boleh dikongsikan
2) RM200 / 4 orang = RM50 tajaan yang boleh dikongsikan
3) RM200 / 10 orang = RM20 tajaan yang boleh dikongsikan
4) Apa jua jumlah sumbangan kami terima untuk melakukan tajaan. Klik www.shoppingraya.org

#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015

Rezeki Itu Jaminan Allah

Bulan Ramadhan kali ni, pertama kali adik lelaki aku berniaga. Berniaga jus buah. Setiap hari ibu akan bantu adik aku kupas buah, potong buah, blend dan packing jus. Aku je belum berkesempatan tolong sebab kerja. 
Bila family kami terlibat secara langsung dalam perniagaan, baru aku sedar bahawasanya tak semua perniagaan maju. Sebelum ni, dari mata kasar aku sebagai orang yang sekadar tengok orang-orang berniaga, dalam hati kata "bestnya berniaga. Banyak untung."
Hakikatknya tak pun. Mana yang untung, untunglah. Mana yang rugi, rugilah. 
Macam adik aku, kadang-kadang takda langsung jus buah yang terjual. Paling banyak pun 11 bungkus je laku dalam sehari. Ibu kata takpelah. Allah dah tetapkan takat tu je rezeki. Mesti ada hikmah kenapa Allah bagi macam tu. Tapi normal untuk adik aku rasa down. Bukan sikit modal yang dikeluarkan. Tapi kitorang sebagai orang terdekat tetap bagi semangat pada dia.
Mungkin juga tahap ekonomi sekarang buat orang beli apa yang perlu je. Jus buah ni orang boleh blend sendiri kat rumah kan. Macam adik aku cerita, gerai sebelah dia jual mee sup, bihun sup, tapi adakala sebungkus pun tak terjual. Allah! Tak dapat aku bayangkan perasaan peniaga-peniaga ni. Aku yang tengok betapa struggle nya adik aku mencari rezeki dan akhirnya rugi ni pun, sedih. Inikan pulak kalau aku berada di tempat mereka.
Apapun keadaan, berbalik pada Allah. Yakin dengan kekuasaan Allah. Dia Maha Pemberi. 
Moga segala usaha, titik peluh para peniaga diberkati Allah. Moga mereka semua dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkat.

Bersederhana

Haaaa.....Jangan jadi macam ni tau.
Jangan ikut nafsu.
Bersederhanalah. Jangan membazir.
Kalau dah macam ni, confirm pembaziran berlaku.

5 Ramadhan

Salam 5 Ramadhan. Jom buat amal hari ni. Kita buat macam kat atas tu ok :)

Sunday, June 21, 2015

Aku Maafkan Kau

Untuk kau...
Aku maafkan kau.
Walaupun kau suka menyibuk kerja-kerja aku.
Walaupun mulut kau suka mengata belakang.
Walaupun kau suka buruk-burukkan kami.
Walaupun kau cakap settle, siap peluk cium tanda bermaafan
Tapi lepas tu kau bangkitkan lagi hal tu.
Takpe....
Aku maafkan kau. 
Bukan sebab aku lemah.
Tapi sebab aku tau kau pun manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.
Dan sebab aku cukup banyak benda kena fikir selain kau.
Dengan memaafkan aku rasa jiwa aku tenang.
Cuma aku harap kau berubah.
Hentikan jadi duri dalam daging.
Hentikan sikap riak takbur.
Apa yang kau ada sekarang Allah boleh tarik bila-bila masa je.
Ya. Untuk kau...

Kawan


Saturday, June 20, 2015

Menepati Masa

Masa...berapa ramai antara kita yang benar-benar menepati masa? Aku cukup pantang dengan orang-orang yang tak menepati masa. PUNCTUALITY.
Bagi aku kalau nak tengok disiplin diri seseorang, tengok sikap antara dia dan masa. Janji pukul 8 tapi pukul 10 pun tak muncul. Berdisiplin ke orang macam tu? Aku salah seorang yang sangat menepati masa. Dan aku memang tak suka menunggu. Walaupun sekadar 15 minit. Kalau lebih 15 minit tak sampai lagi, hati aku dah start panas. Hangen weh! 
Melainkan kalau lambat sebab ada hal penting, then it's ok. Yelah, kadang-kadang kita ni ada urgent matters kan. Emergency. Tu aku boleh consider. Tapi kalau saja-saja lambat, memang sejenis manusia yang tak reti disiplinkan diri dengan menepati masa, kena sound kaw kaw nanti. 
Susah nak jumpa orang yang menepati masa sekarang ni. Asyik lewat je. Pastu bagi alasan traffic jammed lah, kucing cirit-birit lah, itulah inilah. Rasa nak lempang aje. 
Bagi orang-orang yang bekerja. Aku nak nasihat sikit. Kau dibayar gaji untuk kerja dari pukul 8.30a.m. sampai 5.30p.m. (contoh). Tapi kau masuk office pukul 9a.m. Pastu time balik, kau balik. Berkat ke gaji kau tu??? Ada yang kata "ala masuk lewat nanti kita ganti lah." Ikut suka hati kau je nak ganti-ganti kan? Kekonon kerja lebih dari 5.30 tu ganti lah ek? Podacit! Nanti tup tup hujung bulan claim OT. Apa citer??
Masa, disiplin, keberkatan....saling berkait. Kalau kita pandai jaga masa insyaALLAH yang lain pun akan lebih terjaga, lebih berdisiplin. Wallahualam.

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Hadiah-hadiahnya:
Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Keje Ke Kita...

Hye hye! Ni lintas langsung dari office tau. Hahaha!!! Keje ke kita..... Aku keje hari ni. Korang? Aku masuk office pun sebab contractor nak datang repair defect. Kalau tak memang takkan lah aku nak masuk office di hari Sabtu yang mulia ni. Ngeh ngeh..
Harap korang tabah sebab aku tengah meroyan kat office ni. Nak update banyak-banyak post gituuuu. Plan nak buat autopublish entri ni untuk sampai hari Selasa. Mampu ke??? Ke angan-angan je lebih. Hoho!

Friday, June 19, 2015

Hari Pertama Puasa

Nak gelak tengok gelagat officemate semalam. Almaklumlah first day puasa, terus masing-masing lentok sana lentok sini. Macam budak-budak kan? Haha! Tapi benda tu biasa kot sebab dah setahun kita dok menghadam makanan tetiba ha kau, tak makan apa-apa. Still kena biasakan diri walaupun kau dah tua bangka. Kehkeh!
Ada dapat snap gambar dak Iqbal tido semalam. Dah post kat fb, tapi nak post kat sini tak sampai hati pulak. Hahahahaahahaha!!!! Dengan boncet nya. Ooopssss! Pukul 9 pagi baru masuk office dia bantai membuta. Memang aku post lah kat fb. Sorry kebal!
Aku pulak? Haruslah maintain steady. Heee~~Alhamdulillah masih ok. Balik keje pun rilex je jalan kaki, 15minit dah sampai. Adik aku tak dapat ambik sebab dia berniaga air kat bazar. So exercise lah sikit. Kalau tak kurus jugak puasa ni makan penampar jawabnya. Tangan sendiri tampar diri sendiri!
Hari ni 2nd day puasa, semua start bersemangat. Chaiyok chaiyok!

First Aider Training

Hari Isnin dan Selasa lepas, aku pegi First Aider Training anjuran HSE department company tempat aku kerja. Orang-orang terpilih je pegi. Sebab orang-orang ni yang akan bergelar First Aider kalau berlaku kecemasan kat office.
Seriously training ni sangat best! Walaupun kena tengok gambar-gambar ngeri orang accident, putus tangan, tulang bengkok, tempurung kepala terbukak, kulit tangan terkoyak, tapi aku suka. Aku geli jugak nak tengok tapi tak lah over. Mata aku masih mampu tengok gambar-gambar tu tanpa toleh muka ke arah lain. Hahaha!
InsyaALLAH nanti aku akan share pengalaman kat sana. Dan aku akan kongsi cara-cara yang betul untuk korang bertindak kalau berlaku kecemasan. Trainer tu pesan, share apa yang kitorang pelajari dengan sesiapa je. Jadi atas dasar tanggungjawab, dan aku ni sejenis manusia yang suka berkongsi, aku akan bagitau lah nanti. Haha!
Kalau aku post gambar ngeri macam aku cakap tadi, korang geli tak? Takmau lah nanti ada yang pengsan bila bukak blog aku ni. Kikiki....

Running Man

Siapa kat sini share minat yang sama dengan aku? RUNNING MAN!!!!!
Aku dengan adik-adik peminat no 1 rancangan Korea ni. Terbahak-bahak ketawa. Kadang-kadang sampai meleleh air mata sebab ter-over gelak. Hehe...
Majority perempuan suka kot Running Man ni. Tapi ada jugak yang tak suka. Tak kelakar langsung katanya. Hee~~~~
Aku suka semua ahli RM tapi paling aku suka Song Jihyo.
Monday couple pun aku suka sangatttt! Korang?

Marhaban Ya Ramadhan

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kat semua pembaca blog Athirah Diyana ni. Sambutlah Ramadhan dengan penuh kesyukuran & ketaqwaan. Jadikan bulan ni sebagai bulan beribadat, tinggalkan segala perkara buruk yang mungkin dah jadi habit dan mula berubah ke arah yang lebih baik.

Wednesday, June 17, 2015

Lama Menghilang

Morning korang!! Lama giloz tak update blog tercinta ni ha. Dari hari Jumaat kot. Busy lah. Banyak benda kena settle. Nak buat autopublish post pun tak sempat. Sorry lah geng. InsyaALLAH esok start update bebanyak macam biasa. Hari ni tak boleh spam news feed korang lagi sebab baru hari ni aku masuk ofis. 2 hari aku ke Lumut, ada First Aider Training. Bagi aku settlekan apa yang perlu dulu, lepas tu baru aku ngadap pc 24 jam. Haha! Ok tata ^^

Friday, June 12, 2015

Kisah Benar: Berkat Sedekah

Pagi Jumaat ni, hujan membasahi bumi. Aku ambik berkat Jumaat untuk kongsikan kisah benar yang terjadi kepada ayah aku beberapa minggu lepas. 
Satu malam tu, ibu ayah keluar makan kat Mee Tarik Warisan Asli cawangan Sri Gombak. Tapi sebelum makan ayah berjalan kaki ke salah sebuah bank untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Masa ayah keluarkan duit, ada sorang lagi lelaki Cina kat situ. Tiba-tiba masuk 2 orang lelaki pakai helmet dan bawa parang & pisau panjang. Perompak tu attack lelaki Cina yang dengan ayah tadi. Tapi diorang tak sentuh ayah langsung. Cuma salah seorang dari perompak tu kata pada ayah "kau melayu kan? So diam-diam je" (dari nada & suara, ayah kata perompak tu Melayu)
Ayah tak boleh buat apa-apa sebab ayah pun harus lindungi diri sendiri jugak. Lelaki Cina tadi dipaksa keluarkan semua duit dalam akaun dia. Pisau panjang diacukan ke leher lelaki Cina tadi. Ayah pulak tak dibenarkan keluar dari kawasan tu. Tak lama lepas tu masuk pulak sorang lagi lelaki Cina. Dia pun kena attack. Dipaksa keluarkan duit. Tapi lelaki Cina kedua tu, seakan degil, melawan. Buat-buat lupa PIN no, bunyikan alarm kereta. Dia disepak terajang. Ayah shaking, takut, sebab taknak ada pembunuhan berlaku depan mata. Tapi at last lelaki Cina tu keluarkan jugak duit, terpaksa.
Ibu kata masa ayah balik dari bank, muka ayah sangat sangat pucat! Mungkin perompak tu racist. Mungkin diorang berdendam dengan orang-orang Cina. Wallahualam.
Pagi tadi ibu imbas balik apa yang berlaku pada ayah. Ibu cakap mungkin Allah selamatkan ayah sebab masa pagi kejadian, ibu & ayah breakfast di satu kedai. Kat cashier ada tabung derma untuk anak-anak yatim. Ibu masukkan RM5 je dalam tabung tu. Ibu tak masukkan banyak, sekadar jumlah tu. Dan malam tu, Allah tolong ayah. 1 sen pun duit ayah tak diambil.
Hebatnya sedekah. Aku bersyukur sebab ayah tak apa-apa. Asalkan ayah tak cedera, dah memadai bagi kami sekeluarga. Dan aku harap lelaki-lelaki Cina yang dirompak tu tabah. Moga ada rezeki lain untuk diorang.

Wednesday, June 10, 2015

Lumrah


Terima Kasih, Malim Gunung...

Biar gambar berbicara.
Usaha, kerja keras & jasa anda akan kami ingati sampai bila-bila.
Terima kasih, malim gunung....

Motivasi Pagi


Tuesday, June 9, 2015

Morning Serenity

Subhanallah....
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Monday, June 8, 2015

Kita Semua Tak Sama

Dulu, aku selalu tengok perempuan cantik-cantik pastu aku kata "kenapalah aku tak cantik macam dia."
Dulu, bila aku tengok orang lain bahagia, aku cakap kat diri aku "dia tu dah lah cantik, happy je selalu."
Dulu, bila ada kawan-kawan kawen di usia muda, aku kata "aku ni umur dah berapa tak kawen kawen lagi. Untungnya dia dapat kawen awal."
Hakikatknya, kita semua tak sama. Rezeki, jodoh, semua lain-lain. Ada orang kawen awal tapi kurang bahagia. Ada orang kawen awal, ada suami ada isteri tapi mak ayah dah tak ada. 
Ada orang pulak muka cantik tapi adakala kecantikan tu menyusahkan dirinya. Ada orang muka tak lawa tapi ramai kawan yang menyenangkan.
Setiap orang suka nya lain, duka nya pun lain. Allah takkan bagi kita bahagia sepanjang masa dan Allah takkan bagi hambaNya bersedih setiap saat. Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bersyukurlah. Aku juga belajar bersyukur hari demi hari. Muka aku tak lawa, badan aku tak slim tapi alhamdulillah aku cukup sifat. Aku belum ditemukan jodoh tapi alhamdulillah aku masih ada ibu & ayah serta adik beradik yang ramai. Bukankah doa seorang ibu & ayah itu paling afdhal. 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Lihat diri dan tengok yang baik-baik je. Allah tak bagi apa kita nak, Dia bagi apa kita perlu. Untuk belajar bersyukur, selalu tengok orang yang dibawah kita. Baru kita tahu betapa bertuahnya kita.

Be Awesome!

Salam Isnin ;) Be awesome, jangan lemau lemau ok!

Sunday, June 7, 2015

Pantai

Aku suka tengok pantai. Rasa tenang. Damai jiwa. Korang suka tak?

Remaja Zaman Sekarang

Kejadian ni berlaku dalam monorail, masa aku dan adik-adik nak ke stesen Raja Chulan semalam. Kisahnya ada sepasang suami isteri masuk, si isteri dukung anak perempuan diorang. Pastu ada sorang lelaki yang tengah duduk dengan baik hati bangun dengan niat nak bagi seat dia pada si ibu tadi. Baru je si ibu nak melangkah, tetiba ada dua orang remaja yang memang tak ada sivik dan muka tak tahu malu duduk kat seat tu. Muka tak bersalah langsung! Siap boleh borak dan bergelak ketawa lagi. Mujur ada sorang lagi hamba Allah bangun dan offer seat dia. 
Kalau aku dekat dengan budak-budak tu, memang aku akan sound! Biadap! 
Setahu aku sekarang ni ada subjek sivik kat sekolah. Tak belajar ke? Benda macam ni even kau tak belajar pun, kau boleh guna common sense je. Benda simple je pun.
Tak semua berperangai macam tu, tapi majority yang aku jumpa memang macam tu lah sikapnya. Biadap, tak hormat orang tua. Ini ke orang-orang yang kita harapkan untuk memimpin dan membangunkan negara satu hari nanti? 

Thursday, June 4, 2015

Malam Mustajab Doa


Minum Petang Di Office

Kat office aku ni, petang petang je, kalau ada yang lapar, biasanya Iqbal akan round kat semua department level kitorang untuk buat derma kilat. Hihi! Department yang 1 level dengan aku adalah department aku sendiri (HR/Admin), IT & Account.
Biasanya sorang akan bagi RM2-RM3. Ada jugak yang akan hulur RM20 pastu yang lain-lain akan topup sikit-sikit je. Kalau Iqbal buat gitu, dapatlah dekat RM30. Pastu dia pun merempit pegi kedai. Dengan duit sebanyak tu, jenuh jugaklah nak habiskan kuih-muih depan mata.
Ha ni semua yang biasa dia beli. Sekali hidang penuh meja kat pantry. Pastu ramai-ramai mengadap, makan-makan sambil borak bergelak ketawa. Memang happening giler petang kitorang kat office.
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol