Wednesday, May 27, 2015

Trend Terkini Di Media Sosial

Maaf kalau ada yang akan terasa dengan entri ni. Ini sekadar pendapat dan pandangan dari aku. Juga sedikit peringatan buat kita semua. 
Trend terkini di media sosial:-
Berdoa di facebook
"Ya Allah, berkatilah perkahwinan ku, blablablablablabla...Aamiin"
Lain orang lain pendapat. Tapi bagi aku caranya tak betul. Aku tak kata salah tapi nak berdoa pun biarlah dengan cara yang betul. Berdoalah lepas solat, berdoalah ketika waktu afdhal berdoa, bukan di media sosial. 
Mengutuk, menghina, mengeji
Yang ni paling ramai buat. Sorry. Terlalu banyak status status yang mengutuk, mengata orang lain. Tak kurang yang menghina. Bukan kat status je, kat ruangan komen pun sama. Banyakkkk sangat!
Hidup kita ni jangan nak buat jahat. Jangan bagi malaikat kanan rasa boring takda kerja nak buat sedangkan malaikat kiri letih menulis satu persatu dosa-dosa kita. Tulislah yang baik-baik, sebut yang baik-baik.
Share/Repost benda tak sahih
Yang ni biasanya keyboard warrior punya kerja. Tulis entah apa-apa artikel/status yang tak tahu kesahihannya, pastu manusia manusia yang kurang bijak berfikir terus share/repost. Yeah! Sama-sama dapat dosa.
Benda macam ni kena berhati-hati. Terutama kalau benda tu melibatkan soal agama Islam, hadis, ayat Quran. Jangan share terus, fikir dulu, cari sumber yang boleh dipercayai. Bukan apa, sekarang banyak sangat penyebaran hadis palsu. Kalau rasa diri kurang arif bab agama, tak perlulah share hadis-hadis tu semua. Cukup sekadar share general knowledge yang korang yakin kebenarannya. Contohnya akibat tinggalkan solat ke, bacaan doa Qunut ke, dll. Pun boleh dapat pahala selagi niat ikhlas.

4 comments :

Farida Badaruddin said...

betul tu.. kadang2 xphm apa sbnrnya yg dorg pikir dlm otak.
rimas tgk org berdoa dlm fb & keyboard warrior.

Siti Rohaida Yusof said...

tu yang biasa dalam media sosial sekarang ni...kalau boleh elakkan..kita elakkan la...

Maria Firdz said...

nice sharing diyana...

Nieyl said...

Singgah pagi...
Berdoa di FB tu mungkin lah dia nak minta sesiapa yang membaca mendoakan n amin kan...mungkin la kot...:) Yang share benda² tak sahih tu skrg nie pun dah menjadi²..sampaikan tak tahu yg mana betul..mana salah..so,cara terbaik jgn gatal² tangan nak share² benda yg kita tak tahu..iti lebih selamat:)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol