Tuesday, May 5, 2015

Tips Elak Mengantuk Lepas Makan

Hye! Dah lunch? Atau baru nak lunch? Ada antara kita yang taknak lunch sebab nanti mengantuk, nak buat kerja pun tak mampu. Lemau. Jom aku nak share tips elak mengantuk lepas makan.

1) Banyakkan bergerak. Bila perut kenyang, pastu korang mengadap skrin komputer je, memang bertambah lah rasa mengantuk tu. Apa kata buat senaman regangan yang ringkas atau turun naik tangga. Balik je dari kedai makan, instead of guna lift, korang guna tangga.
2) Minum air kosong banyak-banyak.
3) Jangan makan terlalu banyak. Masa lunch, jangan makan dalam kuantiti yang banyak, sebaliknya makan dalam portion yang sikit je. Lagi banyak korang makan, lagi banyak tenaga diperlukan untuk proses pencernaan. Tu yang buat mengantuk sesangat tu.
4) Jangan makan gula-gula/makanan manis. Yang ni ramai buat. Kononnya makan gula-gula boleh hilangkan rasa mengantuk. Kajian di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.


2 comments :

Nieyl said...

Betullah...
lepas lunch je kan..Ya Allah..
mata nie kuyu gler..nak terpejam je dr tadi...

Cik Yaya said...

yea...nice..
thanks share tips..hehe

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol