Monday, May 25, 2015

Tips Cegah Asma

Siapa sini ada penyakit asma? Ce angkat kaki sikit nak tengok. Hehe..Ok kita geng! Aku pun ada penyakit asma. Aku dapat sakit ni sejak sekolah menengah. Bukan dari kecik tau. Biasanya kalau aku bagitau orang yang aku hidap asma sejak zaman sekolah, diorang pelik. Katanya biasanya orang asma ni memang dari kecik. Wallahualam.
So kali ni meh aku nak share tips cegah serangan asma. Dulu-dulu asma aku teruk. Sampai satu tahap, masa aku kat matriks, ayah bagi aku ubat untuk aku makan hari-hari. Huhu...Tak best ok. Aku share apa yang aku tahu je. Nak ikut, ikut. Taknak ikut pun takpe. 
1) Elakkan haiwan berbulu. Contohnya macam kucing. Aku dengar bulu haiwan boleh menyebabkan asma.
2) Hidarkan dari terhidu asap rokok, habuk & debu. 
3) Jangan tidur di atas karpet. Biasanya karpet ni perangka habuk. Kalau korang tidur atas tu, memang kejap lagi mencari inhaler.
4) Elakkan makan buah durian, rambutan, langsat, nangka & buah mata kucing dalam kuantiti yang banyak. Ni dalam kes aku lah. Ada orang ok je lepas makan buah-buahan ni, tapi aku tak. Aku makan sikit je. Terutama buah durian. Aku pernah rasa 2 sudu pengat durian yang ibu masak, tak tahan punya pasal. Ngam2 lepas rasa, menggagau aku cari inhaler.
5) Jangan makan jeruk. Kalau aku, asam kering ok lagi. Boleh je makan. Tapi kalau jeruk, memang tak boleh. Cepat je asma tu menyerang.


6) Jangan berada dalam cuaca yang terlalu panas/sejuk.
7) Ambil supplement yang boleh membantu mengurangkan serangan asma. Macam aku, aku makan Omega Guard Shaklee. Omega ni dari minyak ikan yang dipercayai membantu mengurangkan alahan & serangan asma. 
Ni je tips dari aku. Memang penyakit tu datangnya dari Allah, tapi kita juga mampu berusaha untuk mengawal serangan penyakit tu. InsyaALLAH berkat usaha, Allah izinkan kita sihat macam biasa :)

1 comment :

Kakzakie said...

Elak makan durian, mata kucing, langsat, rambutan tu aduhai mana boleh tahan hihi... nasib baik kakak tak ada Asthma..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol