Wednesday, May 20, 2015

Tempat Kerja Baru vs Lama

Terdetik di hati nak share pengalaman aku di tempat kerja baru. Sampai saat entri ni ditaip, dah lebih sebulan setengah aku bekerja di tempat baru, suasana baru dan dengan kawan-kawan baru. So far alhamdulillah. Jujur, aku happy. Bahagia kat tempat baru ni. Dari hari aku datang interview, dah ada staff yang ringan mulut tegur aku. Hari pertama kerja pun, diorang sangat ramah. Alhamdulillah.
Kerja pun ok. Aku masih lagi sesuaikan diri dengan job scope yang baru, berlainan dari apa yang aku pernah buat sebelum ni. Setakat ni dengan bantuan kawan-kawan, aku dapat laksanakan tugas aku. Ramai yang membantu terutama Iqbal, assistant aku. Budak ni walaupun muda, tapi banyak benda dia tahu. Senang cerita, dia boleh buat kerja lah. Nak buat kawan boleh, dibuat bodyguard pun boleh. Hehe..
Tak berniat nak burukkan company lama, selalu terlintas dalam fikiran aku betapa bertuahnya aku dapat kerja di tempat baru ni. Jauh berbeza cara kerja dan suasana kat sini berbanding tempat lama. Dulu, hari pertama aku masuk kerja, semua pandang kerek je kat aku. Diorang tak mesra macam staff kat sini. Hampir 2 tahun aku kat tempat lama, boleh kata hari-hari aku akan lunch sorang-sorang.

Dari segi kerja pun, dulu aku rasa aku seolah-olah tak diperlukan. Aku dicampak kat banyak department dan akhirnya aku kena buat kerja-kerja filing. Bulan 9 2014, ayah suruh aku berhenti. Sebabnya biar kami sekeluarga je yang tahu. Cuma apa yang aku boleh katakan, alasan tu sangat kukuh sebab melibatkan soal dosa pahala. Masa tu aku gamble, tak dapat kerja lain lagi pun. Bulan 12 pulak last day aku kat tempat lama. Cari kerja macam orang gila. Tapi dapat 1 2 je interview. Bayangkan perasaan masa tu.

Tapi awal bulan 4, rezeki aku datang jugak. Allah uji aku dengan gelaran penganggur selama 4 bulan. Dan akhirnya aku kerja kat tempat sekarang, tempat yang sejuta kali ganda lebih baik dari tempat lama. Suasana yang positif dan beri inspirasi. Tempat yang buat aku rasa dihargai. Tempat di mana aku kenal orang-orang yang rajin, cekap & bertanggungjawab. Hopefully suasana ni kekal positif insyaALLAH.

Jadi pesanan aku pada adik-adik yang baru nak mencari kerja atau tengah kerja kat mana-mana tapi tak syok kerja kat situ, teruskan bersabar. Jangan mudah putus asa. Sabar dan doa. Kalau tempat korang kerja tu tak best, teruk, bertahan dulu. Akan ada rezeki lebih baik nanti. Dan kalau korang susah sangat nak dapat kerja, sabar dan doa jugak. InsyaALLAH rezeki yang tak disangka-sangka akan datang. 

2 comments :

Maria Firdz said...

Alhamdulillah.. rezeki Allah tu Maha luas kn...

Cik Yaya said...

wah..mcm syiok giler je tmpt bru tu...??huu Alhamdulilllah la lau cmtu..kje lek lok tau,=)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol