Friday, May 15, 2015

Shopping Raya 2015: Kongsi Rasa Bahagia

Pernah dengar tentang Shopping Raya?
Bermula dari tahun 2010, Shopping Raya menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia. Ianya membantu anak-anak yatim, golongan asnaf dan fakir miskin di bawah jagaan pusat kebajikan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tak lama je lagi dah nak Ramadhan, lepas tu Aidilfitri. Jadi Projek Iqra' dah mula mendapatkan tajaan untuk Shopping Raya 2015. Ini masanya untuk anda membantu ^^
Tujuan & Objektif Shopping Raya 2015
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Aidilfitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
Siapa yang terlibat?
Untuk tahun 2015, beberapa kategori penerima bantuan telah diwujudkan. 

  1. Anak yatim & miskin
  2. Komuniti miskin & asnaf
  3. Ibu tunggal/miskin
Bagaimana cara membantu?
Sasaran penerima adalah seramai 600 orang. RM200 akan dibelanjakan untuk seorang penerima. Ini menjadikan RM120,000 tajaan diperlukan.
Tak mampu nak taja RM200 seorang diri? Jangan risau! Guna je formula macam kat bawah.
Pakat dengan adik beradik, kawan rapat, saudara mara untuk taja sorang penerima. Senang kan? ^^
Moga dengan bantuan kita dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Selain bagi rasa kebahagiaan buat mereka. InsyaALLAH usaha kita diberkati.
Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban. Jom! Kita kongsi rasa bahagia!

#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015

1 comment :

Nieyl said...

Singgah pagi jumaat :)
Teringin dan ade niat untuk membantu..
InsyaƁllah..>Amin...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol