Wednesday, May 6, 2015

Pendapat. Luahan. Tragedi Lebuhraya Duke.

Rakyat Malaysia terkedu, sedih, sebak, dengan tragedi kemalangan maut yang meragut nyawa 3 sekeluarga yang berlaku di lebuhraya Duke. Suami, isteri dan seorang bayi kecil & comel dikhabarkan tercampak keluar dari kenderaan Pajero yang mereka naiki. 
Aku tatap wajah kecil ini, luluh hatiku. Tak dapat dibayangkan betapa peritnya kulit mulus ini bila tercampak, terhentak di atas jalan dan cedera teruk. Ya Allah....
Dek kerana kerakusan manusia berhati binatang, orang lain menjadi mangsa. Familia Myvi Club (FMC) tanpa rasa bersalah mengucapkan rasa syukur sebab pemandu myvi yang terlibat dalam kemalangan tu selamat. Kalau ditakdirkan aku berjumpa Admin kelab tu, akan kutanya padanya, adakah dia berhati manusia atau berhati binatang?! Dan dengan selamba jugak, membuat kenyataan seolah-olah mangsa bersalah sebab menukar laluan secara tiba-tiba. Lawak apakah yang cuba disampaikan??? Sedangkan saksi sendiri kata kesemua myvi tu berlumba! Paling tak boleh blah, bila dengan rasa tenangnya cakap dia ada orang dalam. Baru aku tahu, kalau ada kabel besar, boleh langgar orang sampai mati.
Sebab manusia tak bertanggungjawab macam ni, 2 orang gadis kecil jadi yatim piatu. Sebab manusia berlagak hebat ni, 2 orang puteri comel kehilangan tempat bergantung. 
Mereka terlalu kecil untuk lalui semua ni. Hilang ibu ayah tempat meminta dan bermanja, hilang adik penyeri keluarga...
Seperkara lagi, pendapat dari hati kecil aku. Hentikan penyebaran video kemalangan ni. Aku tengok salah satu video beberapa hari lepas. Keadaan mangsa yang terbaring di atas jalan, menampakkan aurat rambut, kaki, tangan, disebarkan secara berleluasa. Tolong jaga aib arwah. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Jaga jugak sensitiviti ahli keluarga mangsa.
Aku harap ahli kelab Myvi yang terlibat akan dapat hukuman dan balasan yang setimpal! Moga ada ketelusan dalam hal ni. Kena ajar dia supaya ada hati perut sikit. Jangan ingat ada kabel semudah tu boleh lepas.
Al-fatihah.

2 comments :

Nieyl said...

Singgah pagi...
sedih..pilu...

Cik Yaya said...

bby tu omei/..
cedei pulak >,<

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol