Friday, May 8, 2015

Pandangan Seorang Ayah

Hampir setiap pagi aku nampak mereka. Si anak akan menunggang motosikal dan si ayah menjadi penumpang. Bila tiba di ofis si anak, mereka bersalaman. Si ayah akan berdiri memerhati si anak yang sedang thumb print. Bila si anak dah selamat masuk ke lobi ofis, si ayah tetap tidak berganjak. Beliau tetap setia di situ memerhatikan si anak. Kebiasaannya si ayah hanya akan beredar setelah anaknya menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
Bila si anak dah hilang dari pandangan mata, si ayah akan lap motor terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Tak pasti samada pulang ke rumah atau ke tempat kerja. 
Bila aku perhati pandangan mata si ayah, aku nampak pandangan kasih dan sayang terhadap anaknya. Juga terselit riak kerisauan. Kerana anaknya bakal berjauhan sebentar mungkin. 

2 comments :

Cik Yaya said...

as'salam..

itulah kasih seorang ayh pd anknya...kan

tiga lalat said...

Salam. Hee siapalah tak sayang anak, tapi ada kann, cik kannns ;p

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol