Tuesday, May 26, 2015

Menggamit Kenangan: Limau Asam Boi

Pernah makan? Ni makanan paling win masa zaman aku sekolah rendah. Petang-petang keluar main kat padang tapi sebelum main, singgah kedai sorang makcik ni, beli asam ni ha. Limau asam boi aku panggil. Belasah aje bagi nama. Hehe.. Limau tu belah dua tapi jangan bagi putus, pastu bubuh asam boi kat tengah-tengah. Aku dulu selalu makan yang asam boi merah. Pastu korang jilat lah sepuas hati. Rasa masam tu aduhaiii......Tuhan je tahu. Haha!
Makanan tak berkhasiat ni memang menggamit kenangan lalu. Dah tak jumpa dah makcik makcik niaga asam macam ni. Dan ketahuilah saat aku menaip entri ni, berkali-kali aku telan air liut. Teringin oi!

3 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

tetiba terliur pulak..memang dulu suka sangat dengan asam merah..just kopek kulit atas limau ni je..lepas tu sumbat asam merah..mablesss

ahkak gojes said...

buat akak telan air liur la pulak

AinAthirah Anuar said...

MashaAllah sis kucur air liur saya. Satgi nak pi petik limau la, hihi

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol