Friday, May 22, 2015

Menggamit Kenangan: Biskut Aiskrim

Aku yakin ramai yang pernah tengok dan pernah makan biskut ni. Aku panggil biskut aiskrim. Sebab bentuknya macam aiskrim. Ni kenangan woo! Biskut ni famous masa aku kecik cinonet lagi. Yang atasnya tu rasa manis. Bawah tu biskut biasa je. Ada orang akan makan yang manis je, biskutnya tu dibuang. Hahaha! Betul kan???
Dulu-dulu berebut nak makan biskut ni. Ada yang rebut nak ambik ikut warna kegemaran, kononnya lebih sedap. Padahal itu semua poyo! Warna warni tu tak ada kaitan langsung dengan rasa biskut ni. Hijau ke kuning ke pink ke, semua sama je rasanya. Hihi..
Sekarang biskut ni macam famous balik. Sebab berlambak orang jual kat tepi jalan. Diorang jual timbang. 

5 comments :

AinAthirah Anuar said...

kami panggil bskut asam yang ni. kann masa kecik2 semua berebut. Ain suka makan yg manis tu je. biskut bagi dekt org . hahaha

NaD Dea said...

Biskut favourite dari kanak2 ribena sampai la umur doploh sekarang ni. Hehe ;)

Cik Yaya said...

salam..
hee sme je kita..
tp yaya pngil bskut butang... ^_^

Mad Parihh said...

biskut ni biasanya akan tinggal biskut je . aiskrim dah hilang . kann ? ? hahaa

p/s : sama la kita bulan oktober . hehee

i am sitizoner said...

saya makan biskut dulu & aising tu kumpul bebnyk,colouful,suka tgk pastu mkn last sekali

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol