Thursday, May 28, 2015

Melayu Oh Melayu

Aku risau dengan orang melayu zaman sekarang. Setiap kali aku on facebook, pasti ada iklan bisnes di news feed. Majoriti adalah iklan MLM. Ambik gambar dengan kereta mewah, rumah banglo bertingkat pastu post kat facebook. Biasanya caption nya mesti tertulis kalau nak mewah macam dia, kena join bisnes. Kononnya....bisnes dia tu dapat buat kita kaya dalam masa beberapa minggu je. Dan aku selalu tengok di ruangan komen, betapa ramainya mereka mereka yang suruh pm. Terpengaruh mungkin. Kebanyakan yang komen tu orang Melayu. Jarang sangat aku nampak orang Cina atau India komen.
Paling aku tak suka bila orang bisnes ni tulis "sampai bila nak makan gaji?" Kenapa???? Hina sangat ke makan gaji? Tak boleh kaya ke kalau makan gaji? Haram ke makan gaji? Kalau semua orang buat bisnes, macam mana masyarakat dan ekonomi kita nak berkembang? Kadang-kadang aku rasa orang macam ni tak guna otak. Entah entah gambar yang dia post tu gambar orang lain, diri sendiri pun masih terkontang-kanting, lagi ada hati nak kutuk orang makan gaji. Tapi masih ramai lagi Melayu yang berminat nak join bisnes dengan orang macam ni. Mudah sangat tertipu.
Duhai Melayu, tahukah anda tak ada jalan mudah untuk berjaya? Sedarkah anda kekayaan, kemewahan tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Wake up!!! Jangan terpengaruh dengan tipu daya dan janji manis orang lain. 
Aku bukan nak kondem orang sebangsa aku. Tapi ni hakikat. Kena buka minda dan hati luas luas. Jangan kata aku nak agungkan bangsa lain, aku sendiri Melayu. Sedarlah bangsaku.

2 comments :

AinAthirah Anuar said...

sama jugak dengan persoalan ni. Kenapa melayu je yg makan coklat minda tapi bangsa lain tak ? :)

Cik Yaya said...

btul3....
yg penting cri rezki yg halal...
dlm mse yg sama kita berusaha sdri..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol