Tuesday, May 19, 2015

Laksa Ah Cheng

Disebabkan aku ni hantu laksa, jadinya aku akan try laksa yang dijual kat mana-mana je. Kalau ke restoran, plan nak makan benda lain tetiba ternampak laksa dalam menu, automatik 80% jiwa aku nak kan laksa tu. Haaa cenggitu sekali. Haha! 
Selain dari laksa masakan ibu, aku dan adik-adik suka giler makan laksa Ah Cheng. Aku rasa laksa Ah Cheng ni famous jugak tau. Kat The Curve ada rasanya. Tapi kitorang selalu makan yang kat Festival City. Yummy sangatttt!!!
Biasanya aku akan bubuh cili padi dalam laksa ni. Pastu bila makan confirm meleleh! Kat sini bukan laksa je ada, mee kari, curry laksa, pan mee & nasi lemak rendang ayam pun ada tau. Mee kari dia pun sedap. Nasi lemak aku tak pernah try sebab setiap kali nak beli je, mesti habis. Sedap sangat gamaknya yeee...
Korang yang tak pernah try kena cuba. Especially kalau korang pun hantu laksa macam aku. Hehe.. Google la kat mana cawangan laksa Ah Cheng ni. Rajin rajin kan diri ok! 
Selamat makan!

4 comments :

AinAthirah Anuar said...

Nampak pun macam perhhh ! Tapi jauh benor . awok duduk perok ajee. Hehe .

Siti Rohaida Yusof said...

sedapnya nampak laksa tu

Nabila Syifa said...

terliur tengok laksa.kecur air liur i

Cik Yaya said...

pergh cedap tgok

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol