Friday, May 8, 2015

Emotional Di Pagi Jumaat

Pagi sampai ofis, terus BW blog blogger popular, Irine Nadia. Kebetulan ada entry terbaru tentang pengalaman dia bersalin anak kedua. Masa baca, tetiba aku sebak. Air mata bergenang. Entah. Tetiba emotional, pelik.
Sebenarnya ini yang aku rasa. Teringin berkahwin. Teringin melalui pengalaman mengandung. Teringin merasa kesakitan bersalin.
Aku perempuan. Takkan dapat lari dari perasaan tu. Dah lama perasaan tu tak jadi sekuat ni. Kuatnya perasaan tu sampaikan ke saat ni masih terasa. Pagi sampai ke tengah hari. Kau dah kenapa Athirah?!
Bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah tak lama lagi. Dia sehebat hebat perancang. Dia bagi kita sesuatu bila kita benar-benar bersedia. Takkan cepat dan takkan lambat. InsyaAllah segalanya dipermudahkan bila tiba saatnya. Aamiin.

8 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

insya allah..suatu hari nanti..banyakkan berdoa moga diberikan jodoh yang baik² ye

mdm nissa said...

Sabar lah teman.. ssghnya Jodoh, pertemuan, zuriat, ajal, maut, semua adalah rahsia Allah..
Betol! tak semua yang kita nak berjalan seperti apa yg kita rancang, namun percaya pada qada qadar, perancangan Allah itu adalah yang terbaik utk kita, semoga apa yang kita inginkan tercapai dgn berkat kesabaran serta tawakkal kpd Allah s.w.t.insha Allah

Kakzakie said...

Kita sebagai manusia sekadar mampu berdoa, merancang dan berusaha. Betullah kena sabar tiba masanya pasti akan tiba juga. Kakak doakan..

SalinaJohari said...

sabar dear....akan ada jua rezeki kelak...jom join GA...Sal tag..autopublish malam nanti..

Mar Mansor said...

irine dah bersalin..teruja nak baca

Cik Yaya said...

samelah kita...
xpe..sabar...yang terbaik itu xkan segera dtg...
DIA lebih mengetahui =)

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol