Monday, May 11, 2015

Buku Pilihan: Ahmad Ammar

Aku 'mengenali' anak muda ini setelah beliau tiada. Tiada di alam fana tapi sebenarnya masih hidup dalam banyak jiwa. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam, pemuda yang tinggi budi pekerti dan akhlaknya. Walau apa jua yang dilakukan, tujuannya hanya demi Allah. 
Masa pergi Pesta Buku di PWTC baru-baru ni, aku berkesempatan membeli novel karya Abdul Latip Talib. Kisah anak muda ini dibukukan. Sebelum ni pernah aku beli buku mengenai beliau tapi kali ni bukunya lebih santai. Lebih menarik minat para pembaca.
Betapa aku kagum dengan beliau. Seorang pemuda yang dipersiapkan untuk ummah. Melalui buku ni, aku dapat mengetahui serba sedikit latar belakang keluarga beliau, cara beliau dibesarkan dan paling utama, cara beliau berfikir. Jarang ada anak muda yang mengutamakan pilihan ibu bapa berbanding pilihan sendiri. Ya! Aku terlalu kagum. Bertuahnya ibu dan bapa Ahmad Ammar. 
Segala kebaikan dalam diri beliau ditonjolkan dalam novel ni. Pelbagai aktiviti jihad yang beliau sertai juga turut diceritakan. MasyaALLAH....Tak semua orang sanggup ke Syria dan tak semua orang bercita-cita untuk mati di sana. 
Aku seru kepada ibu bapa di luar sana agar beli buku ni. Belajar cara mendidik yang sebenar. Jadikan buku ni inspirasi buat anda dan anak-anak. Membaca kisah beliau buat aku menitiskan air mata, dan mampu bantu kita muhasabah diri.
Syurga tempatmu Ammar.

3 comments :

Cik Yaya said...

salam... =)

wahh buku motivasi yg bgus ni,kan =)

Z@i Z@mR33 said...

Suka gak baca kisah dia tapi belum bkesempatan nk beli buku tntg Ammar ni.

Pinjam boleh? :p

Kiera Rashid said...

tempat kiera jarang ada pesta buku. kalai ada pun x banyak buku ada... Tak pernah jumpa buku ni... harga dia berapa akak>?

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol