Wednesday, May 20, 2015

Baju Kurung Ke Tu?

Sekali lagi entry tanpa gambar untuk hari ni. Kali ni aku sengaja taknak letak gambar sebab aku nak berbicara soal baju kurung yang kurung sangat. Faham tak? Haha! Aku sendiri confused dengan ayat aku. Hehe...Ampunnnn.....
Aku ni suka tau usha usha jenguk jengah instagram/fb yang jual baju kurung, dress & jubah. Lawa siot! Kalau aku berjalan pegi mana mana takda pulak aku nampak baju cenggitu. Haih! 
Al kisahnya, aku perhatikan banyak..banyak sangat baju kurung yang hipster. Eh?! Ingatkan baju melayu je hipster, sekali baju kurung pun aku gelarkan hipster. Camano tu??
Baju kurung yang ketat sendat melekat! Kau boleh tengok bentuk badan orang tu. Dari dadanya, dengan bentuk pinggulnya, belum masuk tonggeknya. Aduhai! Biasanya baju kurung macam ni, bajunya singkat sikit. Sampai paras peha. Ada panggil baju kurung moden. Kot ye pun moden tak payahlah moden sangat. Paling aku pelik, baju macam tu dijual pada harga hampir RM300!!!!
Nak berfesyen tak salah, tapi jangan lupakan syariat. Aku ni tak lah alim. Pakaian aku pun banyak lagi perlu diperbetulkan. Sama-sama kita perbaiki diri supaya tak tersasar dari ajaran dan landasan agama. Wallahualam.

2 comments :

AinAthirah Anuar said...

baju sekrang ni kalau berfesyen terlalu fesyen sgt. haih. kenkadang nak beli baju pun takdak mood

Cik Yaya said...

haha tu la..pelik gak kekadang kan..
fesyen org skrng..huuu

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol