Friday, May 29, 2015

Thursday, May 28, 2015

Airis Wide Shawl

Dalam entry INI aku ada share tentang Airis Wide Shawl yang jadi pilihan aku. Kali ni aku nak share lagi. Sebab? Entry sebelum ni aku pakai shawl warna hitam, kali ni maroon pulak. Haha..Korang layankan ajelah ye.
Material: High Quality Chiffon
Panjang: 2 meter
Lebar: 0.8 meter
Amacam??? Besar kan shawl ni? Super wide!!! Suka suka suka. Memang boleh cover sampai bawah dada la. 
See? Labuh kan?
Abaikan muka yang macam kuih pau tu ok.
Sape nak beli shawl ni, boleh usha instagram PRETTYINHIJABBOUTIQUE 
Harga: RM39
Tapi kalau beli 3 helai, RM100 tak termasuk postage. Wow!!!!! Murah & berbaloi sangat! Cepat cepat! Pegi order untuk raya sekarang.

Secara ringkasnya aku suka Airis Wide Shawl ni sebab
*BERKUALITI
*MURAH
*SUPER WIDE
*SENANG DIBENTUK
*PILIHAN WARNA MENARIK
*OWNER RAMAH & BAIK HATI

#airiswideshawl
#shawlpilihan
#hijabsista

Melayu Oh Melayu

Aku risau dengan orang melayu zaman sekarang. Setiap kali aku on facebook, pasti ada iklan bisnes di news feed. Majoriti adalah iklan MLM. Ambik gambar dengan kereta mewah, rumah banglo bertingkat pastu post kat facebook. Biasanya caption nya mesti tertulis kalau nak mewah macam dia, kena join bisnes. Kononnya....bisnes dia tu dapat buat kita kaya dalam masa beberapa minggu je. Dan aku selalu tengok di ruangan komen, betapa ramainya mereka mereka yang suruh pm. Terpengaruh mungkin. Kebanyakan yang komen tu orang Melayu. Jarang sangat aku nampak orang Cina atau India komen.
Paling aku tak suka bila orang bisnes ni tulis "sampai bila nak makan gaji?" Kenapa???? Hina sangat ke makan gaji? Tak boleh kaya ke kalau makan gaji? Haram ke makan gaji? Kalau semua orang buat bisnes, macam mana masyarakat dan ekonomi kita nak berkembang? Kadang-kadang aku rasa orang macam ni tak guna otak. Entah entah gambar yang dia post tu gambar orang lain, diri sendiri pun masih terkontang-kanting, lagi ada hati nak kutuk orang makan gaji. Tapi masih ramai lagi Melayu yang berminat nak join bisnes dengan orang macam ni. Mudah sangat tertipu.
Duhai Melayu, tahukah anda tak ada jalan mudah untuk berjaya? Sedarkah anda kekayaan, kemewahan tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Wake up!!! Jangan terpengaruh dengan tipu daya dan janji manis orang lain. 
Aku bukan nak kondem orang sebangsa aku. Tapi ni hakikat. Kena buka minda dan hati luas luas. Jangan kata aku nak agungkan bangsa lain, aku sendiri Melayu. Sedarlah bangsaku.

Cepatnya Masa Berlalu

Setuju tak? Rasa macam hari tu baru start minggu baru. Tup tup dah Khamis, dah nak hujung minggu. Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Jadi jangan sia-siakan waktu yang kita ada. Live your life to the fullest!

Salam Khamis


Wednesday, May 27, 2015

Infused Water

Infused water memang tak asing lagi sekarang ni. Ramai dok upload gambar infused water masing-masing kat facebook & instagram. Aku pun minum jugak infused water ni cumanya aku bantai adik aku punya. Hehe...dia beli bahan, dia buat, dia simpan dalam fridge, aku minum. Nampak tak bijak di situ? *wink wink*
Bagi yang belum tahu kebaikan infused water ni, rajinkan diri untuk baca sedikit info kat bawah.
Bagus kan infused water ni? Kalau tak pernah try, kena try esok! Ya, esok jugak. Tak kira. Heee~~~ Kat sini aku bagi menu infused water (menu keee???)
Selamat minum air berkhasiat!

Jawapan Budak Sekolah Lawak

Kenapalah masa aku sekolah dulu susah payah aku cari jawapan. Jawapan depan mata kot. Haha!

Lawak GST

Nak nangis rasa tengok gambar ni. Bagi aku benda ni lawak sesangat! Ke aku yang kurang bijak sebab masih tak faham GST sampai sekarang?? *sob sob* *lap hingus*

Bukan Allah Benci


Trend Terkini Di Media Sosial

Maaf kalau ada yang akan terasa dengan entri ni. Ini sekadar pendapat dan pandangan dari aku. Juga sedikit peringatan buat kita semua. 
Trend terkini di media sosial:-
Berdoa di facebook
"Ya Allah, berkatilah perkahwinan ku, blablablablablabla...Aamiin"
Lain orang lain pendapat. Tapi bagi aku caranya tak betul. Aku tak kata salah tapi nak berdoa pun biarlah dengan cara yang betul. Berdoalah lepas solat, berdoalah ketika waktu afdhal berdoa, bukan di media sosial. 
Mengutuk, menghina, mengeji
Yang ni paling ramai buat. Sorry. Terlalu banyak status status yang mengutuk, mengata orang lain. Tak kurang yang menghina. Bukan kat status je, kat ruangan komen pun sama. Banyakkkk sangat!
Hidup kita ni jangan nak buat jahat. Jangan bagi malaikat kanan rasa boring takda kerja nak buat sedangkan malaikat kiri letih menulis satu persatu dosa-dosa kita. Tulislah yang baik-baik, sebut yang baik-baik.
Share/Repost benda tak sahih
Yang ni biasanya keyboard warrior punya kerja. Tulis entah apa-apa artikel/status yang tak tahu kesahihannya, pastu manusia manusia yang kurang bijak berfikir terus share/repost. Yeah! Sama-sama dapat dosa.
Benda macam ni kena berhati-hati. Terutama kalau benda tu melibatkan soal agama Islam, hadis, ayat Quran. Jangan share terus, fikir dulu, cari sumber yang boleh dipercayai. Bukan apa, sekarang banyak sangat penyebaran hadis palsu. Kalau rasa diri kurang arif bab agama, tak perlulah share hadis-hadis tu semua. Cukup sekadar share general knowledge yang korang yakin kebenarannya. Contohnya akibat tinggalkan solat ke, bacaan doa Qunut ke, dll. Pun boleh dapat pahala selagi niat ikhlas.

Tuesday, May 26, 2015

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Kecoh sekejap Malaysia dengan isu sijil halal ditarik balik. Maka timbul lah reporter tak bertauliah yang datang dari ceruk mana. Pelbagai spekulasi dibuat. Ada kata sebab itu, ada kata sebab ini. Sesuka hati korang je kan. 

Ni baca kat bawah ni. Statement sah dari pihak JAKIM sendiri.
Jelas kan? Alhamdulillah. Sama-sama kita cegah diri kita dari sebarkan benda tak betul.

Bahana Meninggalkan Solat


Menggamit Kenangan: Limau Asam Boi

Pernah makan? Ni makanan paling win masa zaman aku sekolah rendah. Petang-petang keluar main kat padang tapi sebelum main, singgah kedai sorang makcik ni, beli asam ni ha. Limau asam boi aku panggil. Belasah aje bagi nama. Hehe.. Limau tu belah dua tapi jangan bagi putus, pastu bubuh asam boi kat tengah-tengah. Aku dulu selalu makan yang asam boi merah. Pastu korang jilat lah sepuas hati. Rasa masam tu aduhaiii......Tuhan je tahu. Haha!
Makanan tak berkhasiat ni memang menggamit kenangan lalu. Dah tak jumpa dah makcik makcik niaga asam macam ni. Dan ketahuilah saat aku menaip entri ni, berkali-kali aku telan air liut. Teringin oi!

Kisah Tauladan

Aku kongsikan kisah sedih ini sebagai tauladan dan panduan kita semua. Kita wanita, kita kuat! Allah ada, tak seharusnya kita merasakan diri kita lemah. Tangan lembut kita mampu menggoncang dunia. 
Bacalah sahabatku. Moga kita dapat iktibar dari kisah ini.

Kepentingan Sarapan Pagi

Morning! Dah sarapan? Jangan skip breakfast ok. Tak elok. Breakfast yang betul penting untuk tenaga sepanjang hari. 

Monday, May 25, 2015

Setuju?

Aku setuju. Korang?

Tips Cegah Asma

Siapa sini ada penyakit asma? Ce angkat kaki sikit nak tengok. Hehe..Ok kita geng! Aku pun ada penyakit asma. Aku dapat sakit ni sejak sekolah menengah. Bukan dari kecik tau. Biasanya kalau aku bagitau orang yang aku hidap asma sejak zaman sekolah, diorang pelik. Katanya biasanya orang asma ni memang dari kecik. Wallahualam.
So kali ni meh aku nak share tips cegah serangan asma. Dulu-dulu asma aku teruk. Sampai satu tahap, masa aku kat matriks, ayah bagi aku ubat untuk aku makan hari-hari. Huhu...Tak best ok. Aku share apa yang aku tahu je. Nak ikut, ikut. Taknak ikut pun takpe. 
1) Elakkan haiwan berbulu. Contohnya macam kucing. Aku dengar bulu haiwan boleh menyebabkan asma.
2) Hidarkan dari terhidu asap rokok, habuk & debu. 
3) Jangan tidur di atas karpet. Biasanya karpet ni perangka habuk. Kalau korang tidur atas tu, memang kejap lagi mencari inhaler.
4) Elakkan makan buah durian, rambutan, langsat, nangka & buah mata kucing dalam kuantiti yang banyak. Ni dalam kes aku lah. Ada orang ok je lepas makan buah-buahan ni, tapi aku tak. Aku makan sikit je. Terutama buah durian. Aku pernah rasa 2 sudu pengat durian yang ibu masak, tak tahan punya pasal. Ngam2 lepas rasa, menggagau aku cari inhaler.
5) Jangan makan jeruk. Kalau aku, asam kering ok lagi. Boleh je makan. Tapi kalau jeruk, memang tak boleh. Cepat je asma tu menyerang.


6) Jangan berada dalam cuaca yang terlalu panas/sejuk.
7) Ambil supplement yang boleh membantu mengurangkan serangan asma. Macam aku, aku makan Omega Guard Shaklee. Omega ni dari minyak ikan yang dipercayai membantu mengurangkan alahan & serangan asma. 
Ni je tips dari aku. Memang penyakit tu datangnya dari Allah, tapi kita juga mampu berusaha untuk mengawal serangan penyakit tu. InsyaALLAH berkat usaha, Allah izinkan kita sihat macam biasa :)

Motivasi Pagi

Salam Isnin semua. Nakkan kejayaan? Nakkan kebahagiaan? Jadi korang harus menempuh pelbagai dugaan & rintangan dulu. Sabar, kuatkan semangat dan terus menuju ke hadapan.

Sunday, May 24, 2015

Update Pantas

Ok update terpantas di abad ini.
Baru habis balas jejak semua komen komen korang since last week. Alhamdulillah dah tak ada komen yang belum publish. Semua aku dah buat kunjungan balas. Terima kasih tau sudi singgah dan komen blog aku yang tak seberapa ni. Nanti ada masa aku akan jejak pulak sesiapa yang dah tinggalkan komen di ruangan shoutbox. Maaf yang tu lewat sikit. Tapi aku cuba sedaya upaya ok.
Pastu saje nak bagitau. Si dia dah ada blog lah. Hahaha!!! Tetiba dia whatsapp link blog. Aku pun tanpa banyak soal klik je link tu. Anjat gegurl tengok muka dia terpampang kat blog tu. Kehkeh!! Kita jadi blogger dia pun sibuk mengendeng nak jadi blogger. Hikhik.
Hmmm....Esok si dia ke Korea. Seminggu :( Moga awak selamat, dipermudahkan perjalanan pergi balik, jauh dari bahaya. Doaku untukmu....

Friday, May 22, 2015

Menggamit Kenangan: Biskut Aiskrim

Aku yakin ramai yang pernah tengok dan pernah makan biskut ni. Aku panggil biskut aiskrim. Sebab bentuknya macam aiskrim. Ni kenangan woo! Biskut ni famous masa aku kecik cinonet lagi. Yang atasnya tu rasa manis. Bawah tu biskut biasa je. Ada orang akan makan yang manis je, biskutnya tu dibuang. Hahaha! Betul kan???
Dulu-dulu berebut nak makan biskut ni. Ada yang rebut nak ambik ikut warna kegemaran, kononnya lebih sedap. Padahal itu semua poyo! Warna warni tu tak ada kaitan langsung dengan rasa biskut ni. Hijau ke kuning ke pink ke, semua sama je rasanya. Hihi..
Sekarang biskut ni macam famous balik. Sebab berlambak orang jual kat tepi jalan. Diorang jual timbang. 

Boleh Tolong Tak?

Aku tengah pening sepening peningnya! Ofis aku akan adakan birthday celebration untuk staff 3 bulan sekali. Makanya 3 bulan sekali aku akan pening nak fikir tempat terbaik untuk event tu nanti. Hmmm....
Next birthday celebration akan diadakan pada bulan Jun nanti. Ni pun dah nak penghujung Mei. Tempat makan terboikkkk tak dapat fikir lagi ni. Aduhai! Aku ni memang kurang arif pasal mana-mana restoran yang sedap/menarik. Aku ni standard biasa biasa je. Bukan mampu nak pergi restoran mewah selalu. Paling-paling pun, kalau ibu tak masak, beli makanan dari kedai tomyam siam je. Huhu...
Korang boleh tolong tak? Bagi cadangan tempat menarik yang sesuai untuk birthday celebration. Takmau yang mahal sangat dan takmau yang jimat sangat. Ya, memang company bayar tapi kena berpada. Tempat menarik sekitar KL + makanan & service tiptop!!!!
Thank you in advance! ;)

Perkara Sunnah Di Hari Jumaat


Salam Jumaat


Thursday, May 21, 2015

BW Sikit Sikit

Pagi ni aku dah start BW sikit sikit tau. Semua komen dari minggu lepas, aku try balas cuma tak boleh lah sekaligus. Mana yang tinggal jejak kat shoutbox pun aku akan terjah korang balik. Sabar ok. Nanti aku ambik masa lagi untuk BW. Sekarang tengah kerja, so tak boleh lah. Curi tulang namanya. Hehe...Entri yang korang baca ni pun aku dah siapkan awal-awal. Schedule post kan ada...tak payah susah susah.

Ok bai!

Special Note

Morning! Special note for you :)

Wednesday, May 20, 2015

Baju Kurung Ke Tu?

Sekali lagi entry tanpa gambar untuk hari ni. Kali ni aku sengaja taknak letak gambar sebab aku nak berbicara soal baju kurung yang kurung sangat. Faham tak? Haha! Aku sendiri confused dengan ayat aku. Hehe...Ampunnnn.....
Aku ni suka tau usha usha jenguk jengah instagram/fb yang jual baju kurung, dress & jubah. Lawa siot! Kalau aku berjalan pegi mana mana takda pulak aku nampak baju cenggitu. Haih! 
Al kisahnya, aku perhatikan banyak..banyak sangat baju kurung yang hipster. Eh?! Ingatkan baju melayu je hipster, sekali baju kurung pun aku gelarkan hipster. Camano tu??
Baju kurung yang ketat sendat melekat! Kau boleh tengok bentuk badan orang tu. Dari dadanya, dengan bentuk pinggulnya, belum masuk tonggeknya. Aduhai! Biasanya baju kurung macam ni, bajunya singkat sikit. Sampai paras peha. Ada panggil baju kurung moden. Kot ye pun moden tak payahlah moden sangat. Paling aku pelik, baju macam tu dijual pada harga hampir RM300!!!!
Nak berfesyen tak salah, tapi jangan lupakan syariat. Aku ni tak lah alim. Pakaian aku pun banyak lagi perlu diperbetulkan. Sama-sama kita perbaiki diri supaya tak tersasar dari ajaran dan landasan agama. Wallahualam.

Tempat Kerja Baru vs Lama

Terdetik di hati nak share pengalaman aku di tempat kerja baru. Sampai saat entri ni ditaip, dah lebih sebulan setengah aku bekerja di tempat baru, suasana baru dan dengan kawan-kawan baru. So far alhamdulillah. Jujur, aku happy. Bahagia kat tempat baru ni. Dari hari aku datang interview, dah ada staff yang ringan mulut tegur aku. Hari pertama kerja pun, diorang sangat ramah. Alhamdulillah.
Kerja pun ok. Aku masih lagi sesuaikan diri dengan job scope yang baru, berlainan dari apa yang aku pernah buat sebelum ni. Setakat ni dengan bantuan kawan-kawan, aku dapat laksanakan tugas aku. Ramai yang membantu terutama Iqbal, assistant aku. Budak ni walaupun muda, tapi banyak benda dia tahu. Senang cerita, dia boleh buat kerja lah. Nak buat kawan boleh, dibuat bodyguard pun boleh. Hehe..
Tak berniat nak burukkan company lama, selalu terlintas dalam fikiran aku betapa bertuahnya aku dapat kerja di tempat baru ni. Jauh berbeza cara kerja dan suasana kat sini berbanding tempat lama. Dulu, hari pertama aku masuk kerja, semua pandang kerek je kat aku. Diorang tak mesra macam staff kat sini. Hampir 2 tahun aku kat tempat lama, boleh kata hari-hari aku akan lunch sorang-sorang.

Dari segi kerja pun, dulu aku rasa aku seolah-olah tak diperlukan. Aku dicampak kat banyak department dan akhirnya aku kena buat kerja-kerja filing. Bulan 9 2014, ayah suruh aku berhenti. Sebabnya biar kami sekeluarga je yang tahu. Cuma apa yang aku boleh katakan, alasan tu sangat kukuh sebab melibatkan soal dosa pahala. Masa tu aku gamble, tak dapat kerja lain lagi pun. Bulan 12 pulak last day aku kat tempat lama. Cari kerja macam orang gila. Tapi dapat 1 2 je interview. Bayangkan perasaan masa tu.

Tapi awal bulan 4, rezeki aku datang jugak. Allah uji aku dengan gelaran penganggur selama 4 bulan. Dan akhirnya aku kerja kat tempat sekarang, tempat yang sejuta kali ganda lebih baik dari tempat lama. Suasana yang positif dan beri inspirasi. Tempat yang buat aku rasa dihargai. Tempat di mana aku kenal orang-orang yang rajin, cekap & bertanggungjawab. Hopefully suasana ni kekal positif insyaALLAH.

Jadi pesanan aku pada adik-adik yang baru nak mencari kerja atau tengah kerja kat mana-mana tapi tak syok kerja kat situ, teruskan bersabar. Jangan mudah putus asa. Sabar dan doa. Kalau tempat korang kerja tu tak best, teruk, bertahan dulu. Akan ada rezeki lebih baik nanti. Dan kalau korang susah sangat nak dapat kerja, sabar dan doa jugak. InsyaALLAH rezeki yang tak disangka-sangka akan datang. 

Lawak Klisye

Ok ni lawak klisye. Berjuta dah orang reti buat lawak macam ni. Tapi bayangkan kalau kucing buat. Dengan muka bajet comel tapi sebenarnya annoying tu. Hahaha! Rasa nak lempang lempang. Ihikk!! 

Syukur

Selamat hari Rabu korang :) Moga hari ni lebih baik dari semalam. Teruskan usaha untuk perbaiki diri. 
Dan jangan lupa ucapkan Alhamdulillah tanda syukur kita pada Allah s.w.t. Setiap helaan nafas, segala rasa gembira, sedih, kecewa ianya ujian dan nikmat dari Allah. Moga kita semua dirahmati ^_^

Tuesday, May 19, 2015

Wanita

Duhai pembaca wanita sekalian, korang yang mana? Hehe.. Aku rasa aku 1, 2 & 3. Kihkih!!!

Laksa Ah Cheng

Disebabkan aku ni hantu laksa, jadinya aku akan try laksa yang dijual kat mana-mana je. Kalau ke restoran, plan nak makan benda lain tetiba ternampak laksa dalam menu, automatik 80% jiwa aku nak kan laksa tu. Haaa cenggitu sekali. Haha! 
Selain dari laksa masakan ibu, aku dan adik-adik suka giler makan laksa Ah Cheng. Aku rasa laksa Ah Cheng ni famous jugak tau. Kat The Curve ada rasanya. Tapi kitorang selalu makan yang kat Festival City. Yummy sangatttt!!!
Biasanya aku akan bubuh cili padi dalam laksa ni. Pastu bila makan confirm meleleh! Kat sini bukan laksa je ada, mee kari, curry laksa, pan mee & nasi lemak rendang ayam pun ada tau. Mee kari dia pun sedap. Nasi lemak aku tak pernah try sebab setiap kali nak beli je, mesti habis. Sedap sangat gamaknya yeee...
Korang yang tak pernah try kena cuba. Especially kalau korang pun hantu laksa macam aku. Hehe.. Google la kat mana cawangan laksa Ah Cheng ni. Rajin rajin kan diri ok! 
Selamat makan!

Be Positive

Selamat hari Selasa korang! ^_^ Mulakan hari dengan bismillah, senyum dan always be positive. 
Senyum senyum selalu. Takmau stress tau.

Monday, May 18, 2015

Happy Birthday Nur Marissa Iman!

16 Mei Hari Guru. Dan 16 Mei jugak ulangtahun kelahiran anak buah aku yang comel bebenor, Nur Marissa Iman :D
2 tahun dah budak ni. Cepat masa berlalu. Ingat lagi 2 tahun lepas, dah beberapa kali mama nya kena induce takmau jugak dia keluar. Time tu kitorang adik beradik dah suspek budak ni nak keluar masa Hari Guru kot. Yelah, mamanya tu cikgu. So dia pun sibuk lah nak keluar masa tarikh keramat tu. Hihi...
Macam-macam perangai budak kecik cinonet ni. Dia suka bagi makngah dia ni ketawa, tapi dia jugak yang buat makngah dia naik hantu! Rasa nak cubit cubit je.

Moga awak membesar jadi anak yang taat pada perintah Allah & mama papa ye sayang. Be a good girl ok. Makngah sayangggggg Iman!

SELAMAT HARI GURU BUAT KAK IPAR KU.
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK IMAN!

Kemalasan Melanda

Hye hye!

Ok ni entry entah apa apa. Takda idea + kemalasan melanda. Terima kasih kepada semua yang sudi komen komen kat entri sebelum ni. Dari hari Jumaat dok usha. Semua komen korang dah selamat dibaca. Cumanya tak berkesempatan nak publish dan buat kunjungan balas.

InsyaALLAH nanti semua kunjungan korang akan dibalas ye. Blog korang bakal diterjah. Hee~~~ Promise! InsyaALLAH.

Friday, May 15, 2015

Shopping Raya 2015: Kongsi Rasa Bahagia

Pernah dengar tentang Shopping Raya?
Bermula dari tahun 2010, Shopping Raya menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia. Ianya membantu anak-anak yatim, golongan asnaf dan fakir miskin di bawah jagaan pusat kebajikan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tak lama je lagi dah nak Ramadhan, lepas tu Aidilfitri. Jadi Projek Iqra' dah mula mendapatkan tajaan untuk Shopping Raya 2015. Ini masanya untuk anda membantu ^^
Tujuan & Objektif Shopping Raya 2015
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Aidilfitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
Siapa yang terlibat?
Untuk tahun 2015, beberapa kategori penerima bantuan telah diwujudkan. 

  1. Anak yatim & miskin
  2. Komuniti miskin & asnaf
  3. Ibu tunggal/miskin
Bagaimana cara membantu?
Sasaran penerima adalah seramai 600 orang. RM200 akan dibelanjakan untuk seorang penerima. Ini menjadikan RM120,000 tajaan diperlukan.
Tak mampu nak taja RM200 seorang diri? Jangan risau! Guna je formula macam kat bawah.
Pakat dengan adik beradik, kawan rapat, saudara mara untuk taja sorang penerima. Senang kan? ^^
Moga dengan bantuan kita dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Selain bagi rasa kebahagiaan buat mereka. InsyaALLAH usaha kita diberkati.
Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban. Jom! Kita kongsi rasa bahagia!

#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol