Friday, April 3, 2015

TQ & Sorry Adik!

Hari ketiga bekerja, alhamdulillah semuanya masih terkawal. Banyak yang aku kena belajar. Jobscope sangat banyak tapi bak kata manager, belajar sikit-sikit. Dan sampai hari ni, terlalu banyak benda yang aku masih tak tahu dan tak faham. Bila orang tanya, aku terkial-kial. Tak reti nak settle sendiri. Terpaksa tanya ramai orang. Kadang naik segan.
Tapi aku kesian dengan sorang staff ni. Kalau dari segi jawatan, dia assistant aku. Tapi sejujurnya aku tak anggap aku bos sesiapa walaupun ada yang mengusik kekonon aku bos dia. Aku anggap dia macam adik lelaki aku je. Macam kawan. Lagipun dia tua setahun je dari adik lelaki aku. Aku bahasakan diri aku pun kakak kat dia dan staff muda yang lain.
Aku kesiankan dia sebab dia banyak tahu semua benda sedangkan aku tak tahu apa-apa. Dia banyak gilerrr tolong aku settle kan keje. Macam tadi hal uniform staff pun dia settle kan semuanya. Huhu. InsyaALLAH harap lepas ni dapat belajar dari dia dan lebih berbakti pada company. Haha!
Thank you adik. And sorry too.

No comments :

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol