Monday, April 6, 2015

Tips: Diet

Diet. Memang senang sebut tapi susah nak buat. Aku pun diet sebelum ni. Masa sebelum pegi Sabah. Memang turun kg. Serius! Kak ipar tegur badan dah susut. Nak tips? Ini memang tips kurus dari aku sendiri tau. Jom baca!
1) Niatkan dalam hati "aku nak diet sebab nak sihat" InsyaALLAH lebih mudah urusan diet korang.

2) JANGAN skip karbo!! Ini sangat sangat sangat penting! Badan kita perlukan karbohidrat. Try korang skip karbo 2 hari. Masuk hari ketiga, korang jadi tak tentu arah. Lepas tu bila korang jumpa nasi contohnya, korang akan makan dengan banyak, lebih dari biasa. jadi tak berbaloi lah korang puasa karbo 2 hari tu. Huhu.... Kekurangan karbo menyebabkan korang lemah dan lesu.

3) Makan banyak buah & sayur.

4) Makan apa-apa makanan dalam kuantiti yang sikit. Kalau makan nasi, ambik sesenduk.

5) Lebihkan protein.
6) JANGAN makan jajan!

7) Kurangkan pengambilan minuman yang kandungan gulanya tinggi. Lebihkan minum air masak. At least 3 liter sehari.

8) Kawal pengambilan kalori. Setiap orang lain jumlah kalori yang diperlukan. Kat handphone canggih memasing tu, install application "myfitnesspal". Kat situ korang boleh isi berat, ketinggian & target berat badan yang korang nak. Dan setiap hari secara konsisten, isikan menu yang korang makan dalam apps tadi tu. Nanti pengiraan kalori akan dilakukan. Kalau lebih dari kalori yang sepatutnya, apps tu akan bagi warning. Macam tu lah sebaliknya kalau kalori korang tak mencukupi.

9) Kuatkan semangat!!! Jangan mudah mengalah!

Selamat mencuba korang :) Moga berjaya!

P/s~berat aku turun 8kg overall dalam masa sebulan-sebulan lebih. 

4 comments :

Cik Yaya said...

as'salam..
hyepp!! yaya sangat agree dgn semua tips yg tirah share..sbb yaya buat juga mcm tu..yg paling penting kena kuatkan smgat! jgn mudah 'digoda' oleh makanan..huuu dan pengiraan kalori juga sgt penting..

Z@i Z@mR33 said...

x mampu nk diet bl dpt suami kaki mkn.abes dgn bini dia di ajak mkn jugak tgh2 mlm :p

Zizie Zack said...

nice tips! zizie dulu, zizie berjaya kurangkan 3kg masa bulan puasa. waktu berbuka, nasi sikit, sayur dua kali ganda banyak drpd nasi dan pilih satu protein. means kalau dh makan ikan, ikan je. jgn nak tambah daging or ayam. makan sekali je. tak tambah2. sebab biasa bila bulan puasa orang tambah nasi. then nak makan lagi, tunggu waktu sahur.

yen(toka ziizokukuto) said...

nak tambah sikit,,,never skip breakfast !!! huhuuhhh,,,saya pernah turun 30 kg huhu,,,

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol