Wednesday, April 22, 2015

Tak Semua Kau Fikir, Orang Lain Fikir.

Faham tak tajuk tu? Macam berbelit tapi senang je sebenarnya. Aku bagi contoh. 
Kau update status tentang mahalnya harga barang lepas GST sekarang. Tiba-tiba ada hamba Allah komen kekonon kau ni tak tahu bersyukur, katanya at least kau mampu nak bayar harga barang-barang tu. Tapi sebenarnya maksud kau tentang status tu sekadar pandangan tentang betapa mahalnya harga barang yang kau beli kalau dibandingkan sebelum dan selepas GST. Tak ada maksud negatif lain pun. Sekadar pendapat. Paham dop??? Pendapat.
Yang hamba Allah ni tadi, pakai serang je. 
Jadi apa korang kena buat??? Nak balas balik komen tu? Atau nak explain pada dia?
Sejujurnya aku pilih untuk berdiam diri. Dok balas komen pun tak jadi apa. Nak explain, risau dia salah faham lagi. So korang rilex aje. Tenangkan hati. Jangan melenting. 
Dalam dunia ni, masing-masing ada otak sendiri. Pemahaman kita semua terhadap sesuatu perkara tak sama. So kalau ada yang tetiba fikir lain macam hamba Allah ni tadi, maafkan je. Mungkin dia dah salah faham. 

3 comments :

ejulz said...

Kadang2 kita fikir baik, tapi org fikir buruk. Dan kdg2 kita fikir buruk, tapi ia nmpak baik pd org..

ejulz said...

jemput join segmen ejulz dan doakan si lala k.. :)

Mialia Amelia said...

alo kesiannya. sy pn penah tgk komen mcm ni, orang tu buat status pasal harga barang naik ke apa entah, tetiba ada reply berbaur politik.

nak buat mcm mana, manusia ni mmg bbeza pemikiran. peringatan utk diri sndiri juga ialah kena pikir 2,3 kali sblum nak reply. lepas tu xleh nak sentap sgt kalau dpt komen mcm tu sbb nnti xpasal2 bergaduh

maaf komen panjang gila, hehehe

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol