Sunday, April 5, 2015

Petua Pudarkan Parut Jerawat

Siapa yang suka muka penuh dengan parut jerawat kan? Tak kisahlah parut berlubang mahupun yang kehitam-hitaman.
Jom nak share petua tradisional untuk pudarkan parut jerawat ni.

1) ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, campurkan dengan air. Ramas dan pastikan tak terlalu cair. Pastu sapu kat muka/kawasan berparut. Biar sampai kering dan bilas. Lebih elok kalau buat sebelum tidur.

2) LIDAH BUAYA (ALOE VERA)
Ambil daun lidah buaya, belah sampai lendirnya keluar. Lendir tu sapukan di kawasan berparut. Buat secara berterusan sampai nampak hasilnya. (Kaedah ni dikatakan paling baik sebab semulajadi. Tapi agak susah nak cari daun lidah buaya sekarang)

3) KULIT KAYU MANIS + BEDAK SEJUK
Tumbuk kayu manis sampai jadi serbuk. Campur dengan sedikit bedak sejuk. Tambah sedikit air (jangan terlalu cair). Sapu kat muka. Lakukan secara berterusan sampai parut pudar/hilang.

Ok. Ni je mampu bagi. Haha! Ada banyak lagi tapi ni top 3 kot. ^_^

Selamat mencuba!

2 comments :

Maria Firdz said...

Nice sharing... Sy jarang kena jerawat...

Cik Yaya said...

oh..guna asam jawa+air,letak kt muka.
sebelum tido..? alrite! nk try wat mlm ni...
muka bnyk parut jerwt..huuu ><

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol