Wednesday, April 22, 2015

Nak Bagi Hadiah Apa Ni??

Esok birthday ibu. Yeay!!!! InsyaALLAH bertambah lagi usia ibu. Bertambah lagi masa Allah pinjamkan ibu untuk kami sekeluarga :)
Tapi ada 1 masalah. Masalah biasa bila tiba special event dalam hidup orang yang kita sayang. Hadiah. Nak bagi hadiah apa niiiii?????

Kelmarin adik ada sebut pasal Groupon. Katanya ada kupon/voucher murah murah. So dia suggest untuk cari kupon/voucher hotel buffet, pastu bagi kat ibu & ayah. Bagi chance ibu ayah dating berdua tanpa suara hiruk pikuk anak-anak yang macam tarzan! Ok ke gitu??
Tapi aku dok fikir sekarang ni, ibu suka spa, mani-pedi...Selalu jugak ibu sebut yang dia teringin nak ke spa. Aku rasa kalau bagi voucher spa pun ok. Kan? Nak bagi barang, dah tak tahu nak belikan apa. Kot ibu tak suka ke barang yang kitorang belikan nanti, haru jugak.
Korang rasa??

2 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

ok jugak tu

Kakzakie said...

Buatlah apa pun janji ibu gembira. Sebagai ibu apa pun pasti dia menghargainya. Kakak tahu sebab kakak pun punya anak remaja. Kami faham anak-anak selalu pening nak beli hadiah haha...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol