Monday, April 13, 2015

Mee Tarik Warisan Asli

Semalam aku ajak si dia keluar makan. Perut lapaq! Fikir punya fikir kitorang decide makan kat Mee Tarik Warisan Asli. Korang penah dengar tak? Aku selalu dengar tentang kelazatan, kesedapan & kehebatan rasa mee tarik tu tapi tak pernah lah makan. Padahal kat Sri Gombak je pun. Dekat bebenor dengan rumah. So nak try lah jugak kali ni.
Duduk, tengok menu, aku dah terliur. Macam-macam ada! Bukan mee je, nasi pun ada jugak. Ala2 masakan Cina. Si dia kata, kalau kat Taiwan lagi sedap sebab bahan-bahan fresh dari sana. Tapi yang kat Malaysia ni pun sedap jugak katanya. Rupanya selalu dia makan kat situ dengan kawan-kawan. Cis!
Aku makan ni. Ermmm.....jangan tanya nama ea. Serius lupa. Tapi sangat sedap. Kuah tu macam sup je, mungkin air rebusan daging. Lepas tu merah2 tu sebab letak cili kering. Aku siap mintak extra chilli lagi. Yummyyy!!! Si dia makan apa entah tapi sedap! Tak sempat snap dia punya mee sebab sampai2 je dia terus ngap. Entah baca bismillah entah tak. Huh!
Dari segi harga, serius bagi aku berbaloi dan murah. Tak ada GST pun. 
See? Makan sedap, air sedap, kuantiti banyak, memang berbaloi. Sangat berbaloi!
Aku tak sure kat negeri lain ada ke tak. Pandai2 lah korang google ek. Tapi kalau sesiapa kat KL, meh la datang Sri Gombak. Makan kat Mee Tarik Warisan Asli ni. 

5 comments :

Nadia Syakila said...

Sri Gombak area mana ni yang?
waaa, sayangnyaaa. dah habis dah study kat uia, kalau tak mesti pegi.
biasa makan mee tarik kat kedai cina muslim area wangsa maju :)

Maria Firdz said...

Mmg dh biasa makn menunya... Yg kat prima sri gombak cwanhgan terbaru... Biasa makan kat sg.besi dan kat setapak..

Cik Yaya said...

as'salam..
wahh tgok pon cam da terliuq..huhu

Zizie Zack said...

gulp! telan air liur.. mahuuuu!!

Siti Yang Menaip said...

sedap sedap =) suka juga makan kat sini.. mahal pun x mahal sngt kan..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol