Saturday, April 4, 2015

Kenapa Aku Ber-Blogging?

Kenapa blogging? Kenapa ni jadi pilihan? Sejujurnya masa awal kemunculan aku dalam dunia blogging ni, sekitar tahun 2011 (kot???) aku cuma jadikan blog ni sebagai tempat luahan rasa je. Alaa...bukanlah meluah sangat pun. Kekonon macam diary online lah. Hei! Tak best lah tulis dalam buku, taip je. Senang. Haha! Cuma bezanya diary aku ni orang boleh baca. Sharing is loving gituuu!
Blogging ni banyak faedah tau tak? Korang boleh kenal dengan kawan baru, walau tak pernah jumpa tapi korang boleh jadi rapat di alam maya. Serius! Ada beberapa orang kawan alam maya yang aku kenal dan rapat. Ada sorang sampai dah tak ber-blogging lagi dah, tapi kitorang teruskan ukhuwah tu kat instagram & whatsapp. Come on! Ni kan zaman teknologi. Hehe.
Selain tu korang boleh dapat banyak info menarik dari bloggers lain. Tapi janganlah korang dok sibuk cari info pasal retis & gosip semata, maksud aku info yang bermanfaat dan benar lah. 
Aku lihat blog sebagai satu platform untuk aku cuba naikkan business kawan-kawan & kenalan. Dan blog ni jugak tempat aku cari saham akhirat. Aku selalu ingatkan diri aku supaya tulis benda baik-baik. Nanti bila aku dah takda, at least ada tulisan aku yang insyaALLAH bermanfaat untuk pembaca. Kalau aku titipkan pesanan atau nasihat, aku sebenarnya mengingatkan diri aku jugak. 
InsyaALLAH aku akan terus ber-blogging. Aku bukan blogger popular, bukan retis yang ada pageview berjuta-juta, komen beribu. Tapi ni satu kepuasan bagi aku bila dapat menaip dan sampaikan mesej pada korang.

2 comments :

Mialia Amelia said...

hehe. dlu masa nk berblogging, trbayang la penulisan dan entri2 yang pprofessional, penuh dgn info2 berguna..

realitinya, blog tu pnuh dengan entri ntah pape. wakaka. and yes, blogging ni sbnanya best, dpt kenal dgn rmi org, lepas tu best dpt baca penulisan org2 lain. heee.

* asl komen je mesti panjang lebar xD

Keyme Keymoo said...

kenapa KK berblog?

Niat asal sebenarnya KK ni suka menulis, dan suka berkongsi, apa sahaja yang KK tulis blog mmg dah niat untuk berkongsi ilmu, dan KK halal dunia akhirat :)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol