Thursday, April 2, 2015

Impak GST

Aku bukan sesiapa untuk bercakap tentang GST. Aku bukan dari golongan bijak pandai yang mampu menganalisa impak GST kepada rakyat Malaysia. Tapi aku bercakap tentang GST dari kacamata seorang rakyat biasa.
Hari tu, aku ternampak sorang kawan upload gambar roti yang dia beli.
Bukan gambar ni yang dia upload tau. Gambar roti lain. Yang ni aku ambik dari Google aje.
Ok. Dari RM3 bertukar kepada RM3.20. Bagi orang2 biasa, yang mampu, mungkin akan kata "alah, setakat 20sen je. Bayar je lah."
Itu hak korang. Aku pun mampu bayar 20sen tu even tak bekerja sebelum ni. Tapi! Otak aku ni fikir satu je. Macam mana orang-orang susah nak beli roti? Bayangkan, bagi orang yang kurang berkemampuan, nak beli roti 70sen pun berkira-kira, fikir sejuta kali. Kalau beli pun mungkin sebijik roti tu share dengan anak bini. Itu sebelum GST. Sekarang....Lepas GST, harga roti naik kepada 90sen katakan. Korang rasa??? Mampu ke orang susah ni tadi nak beli?
Letakkan diri kita di tempat mereka....
Ini impak GST yang paling menyedihkan bagi aku. Sebagai rakyat biasa, aku sedih dengan perubahan mendadak ni.
Wallahualam.

2 comments :

azizah green line said...

betul..kita pun berkira nak kuarkan 20sen tu..apatah lg golongan susah..kesiannyaa

Cik Yaya said...

semua tgh kecoh psl isu gst...
huuuu nthla..xdpt komen, nk wat cmne kan..byor je la..terpaksa

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol