Wednesday, April 1, 2015

Hari Pertama di Tempat Kerja

Hari ni aku start kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masuk2 terus kena buat kerja. HR nak kasi briefing tapi diorang semua tengah sibuk dengan audit. HR bawak pusing2 ofis pun dekat tengah hari. Haha! Jadinya dari pagi sampai tengah hari aku ibarat orang asing kat situ :P
Setakat ni officemate semua baik2 dan peramah. Tapi orang kata jangan terlalu yakin sebab tembelang orang ni dah lama kenal baru keluar. Ye dak? Hehe. Tapi aku jugak taknak berburuk sangka kat orang lain. Siapa kita nak menilai buruk baik orang kan?
Mana yang dekat dengan meja aku, dan diorang yang kerjanya related dengan kerja aku, semuanya sangat helpful. Bersyukur sangat! Kak Ina paling banyak membantu. Yelah, dah dia yang bagi task kat aku, haruslah dia tolong. Haha!
Apapun, aku bersyukur untuk hari pertama ni. Alhamdulillah. Moga esok dan hari2 seterusnya akan jadi lebih baik dari hari ni. InsyaALLAH.
Bismillah. Semuanya niat kerana Allah :)

No comments :

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol