Sunday, April 5, 2015

Happy Bornday Atiqah Diyana!!!

Happy Tua Day untuk adikku yang acah acah gangster, bajet comel, berlagak bijak pandai. Hahaha! Dah 18 tahun dah kau kan. Teringat lagi kakngah suap kau makan pastu kau gigit jari kakngah taknak lepas. Terbayang lagi kakngah dok cebok berak kau sebab time tu kau pemalas gilerrr sampai berak pun nak orang basuhkan. Hehe. Ok tipu. Time tu kau kecik lagi, haruslah kakngah jadi orang suruhan. *sob sob*
Ni lah dia budak yang dipaksa keluar sebab syok sendiri main dengan tali pusat pastu terbelit kat leher sendiri. Macam takda benda lain nak main. Keluar2 je muka dah biru. Tu lah. Pengajaran untuk kau. Ehhh??
Moga dipanjangkan dan diberkati usia, dimurahkan rezeki dan dapat peluang sambung study. Jangan menggatal ye. Tau sangat usia macam ni tengah merenyammmm! Kihkih!
Kalau korang nak tahu, dia ni ratu selfie. Kalau kitorang 1 family selfie, mesti muka dia paling besar sekali. Muka dia paling depan. Tangan dia lah yang dok pegang handphone atau monopod. Gila glemer budak ni.


Moga amal ibadat bertambah seiring dengan usia yang kian meningkat. Aaamiin.

Selamat Hari Lahir adikku...

2 comments :

Maria Firdz said...

Selamat hari lahir dik...

Cik Yaya said...

hepi belated bufday utk adik jg ye... =D
moga dipnjngkan umo n mura rezki dia.AMIN =)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol