Thursday, April 30, 2015

Muka Aku Seiras....

Tadi BW suka suka pastu ternampak post SHARK. Beliau bagi link untuk check muka kita seiras sape. Eceh Shark suka lettew sebab muka ala ala Fizo Omar. Hehe..
Haruslah laju je aku klik link tu. Try jugak lah. Excited. Bajet bajet disamakan macam Dato' Siti ke, Erra Fazira ke, Ziana Zain ke. Sekali.....
Hambik kauuu!!!!!! Muka aku seiras Zizan Razak?????? Like...what?! Apa muka aku ada macam lelaki ke? Huwaaa!!!! Kalau cerita kat ibu mesti ibu gelak terbahak-bahak. Sob sob..Sadis tahu!
Korang jangan gelak lebih-lebih. Pegi check muka korang seiras retis mana. Pastu komen sini. Haha! http://mortepedict.com 

Asam Pedas

Ni lagi satu makan favorite aku. Uhuiii!!! Kalau dapat yang pekat, masam masam pedas, memang mengancam kalbu gitu! ASAM PEDAS.

Aku tak kisah apa-apa jenis ikan yang ada dalam tu, aku belasah je. Aku makan semua. Haha..Asam pedas ikan pari/kembung/tenggiri/keli/senangin semua aku telan. Asalkan namanya asam pedas, aku layannnn.....
Satu lagi asam pedas yang aku suka, asam pedas ayam. Ya Allah....sedapnya....
Asam pedas ayam ni si dia yang ajar makan. First time merasa asam pedas ayam, si dia masak. Kira Asam Pedas Untuk Aku lah. Hehe....Terus suka weh! Memang yummyyy sangat!
Korang? Suka asam pedas?

Bantu Ringankan Beban Adik Muhammad

Gaji dah dapat kan? Alhamdulillah...Rezeki masing-masing. Allah dah bagi rezeki pada kita, apa kata kita bantu pula saudara kita yang sangat sangat memerlukan. InsyaALLAH semakin murah rezeki kita kelak. 
Kali ni sama-sama kita bantu ringankan beban adik MUHAMMAD
Aku selalu ingat pesan ni. "Sedekahlah masa mula mula dapat gaji. Tak kisah berapa pun. Yang penting, kita dahulukan sedekah baru benda-benda lain. Jangan lebih duit tu yang dibuat sedekah."

Terima kasih bagi pihak adik Muhammad. Moga Allah berkati kehidupan korang. Aamiin.

Wednesday, April 29, 2015

Lawak Budak Sekolah

Rasa nak menangis kalau dapat anak murid macam ni. Sob sob sob!

Bila Lunch Hour Tiba...

Nak tanya 1 soalan boleh tak? Korang2 yang bekerja di pejabat, pernah tak bila tiba je lunch hour, korang jadi buntu tak tahu nak makan apa. Pernah tak korang fikir dari pagi nak makan apa dan dekat mana tapi sampailah lunch time, masih tak dapat jawapan.

Fikir benda simple macam tu je, dah jadi semak otak. Pastu sendiri stress. Entah pape. Haha! Tu mengata diri sendiri tuh! Hihi...
Meh share sikit. Kalau dah hari-hari benda sama, makan kat tempat yang lebih kurang sama, apa pilihan yang korang buat. Tak lunch langsung, pegi tempat makan jauh sikit, atau berhenti kerja?? Hahahahaha!!!! Ok itu over!
Tata!

Doa Memudahkan Urusan

Salam Rabu :)

Tuesday, April 28, 2015

Senyum

Tak salah kalau kita senyum pada orang lain bila berjumpa. Tak salah untuk kita mulakan senyuman tu walaupun kita tak kenal dia. Senyuman tu kan sedekah.
Senyuman buat orang suka kita. 
Senyuman buat orang rasa selesa dengan kita.
Senyuman menambahkan pahala kita.
Dan senyuman mungkin pembawa rezeki kepada kita.
Jangan lokek senyuman. Jadi pemurah dengan senyuman. 
Selamat SENYUM! :)

Aurat

Sebelum apa-apa aku nak ingatkan yang entry ni bukan tujuan nak tunjukkan aku bagus, alim, warak segala bagai. Aku juga masih bertatih menjadi hamba Allah yang lebih baik. Entry ni juga peringatan untuk aku, diri aku sendiri. Moga bermanfaat buat kita semua.
Ramai antara kita yang seakan lupa atau buat-buat lupa soal aurat. Tengok je kat fb, ig, twitter, blog...Berapa ramai yang berani upload gambar mendedahkan aurat. Yang menampakkan rambut dan leher, tak payah cerita. Yang tu dah sah sah tak tutup aurat.
Yang jadi concern aku adalah wanita-wanita bertudung tapi upload gambar selfie yang menampakkan dada. Tudung yang sepatutnya menjadi pemelihara mahkota wanita disibai kebelakang. Nah! Terserlah mahkota tu.
Ada jugak yang cun, pakai baju lengan panjang tapi bila upload, bahagian pergelangan tangan nampak pulak...Tu pun aurat tu. Wajib tutup. Tak kurang jugak yang selamba upload gambar kaki yang dihias ukiran inai. Aduhai...Belum campur baju ketat.
Wahai wanita sekalian......Seluruh tubuh kecuali tapak tangan & muka adalah aurat! Jangan sesekali upload gambar korang/adik kakak/bff/saudara mara yang menampakkan aurat. Aku pernah baca, kalau kita upload gambar rakan kita yang tak tutup aurat, kita pun turut sama menanggung dosa. Walaupun kau menutup aurat dengan sempurna, tapi kalau gambar kawan korang tu nampak sana sini situ sini, tetap korang dapat tempias dosa. Wallahualam. Tu apa yang aku pernah baca.
Jadi sebelum upload gambar, check bahagian aurat. Kalau pakai tudung tapi  tudungnya menampakkan dada, REJECT! Dada tertutup, tapi pergelangan tangan/tangan, REJECT! Dada & tangan ok, baju pulak ketat? REJECT! Pastu check kaki pulak, kot korang nak letak gambar penuh kan. Nampak kaki, REJECT sekali lagi. Kesimpulannya jangan upload gambar tu.
Nak jugak upload? Sebab gambar tu paling lawo? Hah! Guna apps edit photo. Korang letak sticker kat bahagian aurat yang terdedah tadi tu. Zaman teknologi katakannnn....Bila yakin semuanya ok, tertutup sempurna, baru upload. Paham tak??? 
Cuba. Kita cuba mulakan dari sekarang. Lama-lama kita sendiri akan rasa bersalah upload gambar tak sepatutnya. Kita tak tahu bila ajal kita. Kalau tak sempat delete macam mana? Sampai akhirat menanggung dosa. 

Pantun Nasihat

Salam Selasa :)
Kejap je masa berlalu kan?
Serangkap pantun buat korang pagi ni.
Moga bermanfaat.

P/s~ Tak sempat BW. Semua komen & jejak korang akan dibalas nanti ye, InsyaALLAH

Saturday, April 25, 2015

Lawak Hutang

Salam Sabtu.
Hehehe.....
Lawak Sabtu tentang hutang.
:P

Tapi ada betulnya jugak kan?

Friday, April 24, 2015

Ada Tak Buku Macam Tu?

Tajuk....takda panjang lagi? Buku macam tu, buku macam mana? Sebenarnya aku tengah mencari-cari buku tentang penulisan email, memo, surat, dll. Versi English ye anak-anak sekalian. Hehe...
Aku nak sangat beli buku macam tu kalau ada. Sebabnya aku ada masalah untuk buat ayat. Dulu masa keje company lama, bos selalu tegur yang bahasa aku dalam email tu sangat straightforward dan kasar. KAt company sekarang pulak, manager kata tak kasar tapi agak straightforward. Manager selalu suruh aku email, tapi berkias-kias sikit. Kena ada intro, then baru masuk topik. 
Tapi aku ni kategori tak reti berkias. Selalu straight aje. Takda nak belok-belok. Kalau lah aku jumpa buku yang boleh ajar aku cara tulis email, memo, surat dengan lebih professional, confirm aku beli! Segan jugak aku kalau nak suruh manager aku check. Sekali dua boleh lah. Tapi kalau selalu takut jugak apa dikatanya nanti. Yelah, bukan aku sorang staff dia dan dia ada banyak keje lain nak kena buat. Kalau asyik check ayat aku, dah macam cikgu sekolah la pulak. 
Sampai bila nak bergantung kat orang? Kena improve diri sendiri. Kadang-kadang aku google jugak kot2 jumpa ayat yang sesuai atau sedap dibaca. Tapi yang keluar semua mengarut je lebih. Haih!
Aku taknak buang masa aku. Aku taknak buang masa manager aku. Kami sama-sama ada tugas sendiri.
Kalau korang tahu apa-apa buku menarik yang boleh membantu aku, boleh bagitau ye. Tata!

Thursday, April 23, 2015

Lawak Melamar

Nah!
Agak-agak ada pilihan lain???
Haha!!

Dah Ganti Puasa Ke???

Dah ganti puasa??? Sekarang dah bulan Rejab. Tak lama je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Kalau belum ganti, moh le kita ganti beramai-ramai.
Kita???? Hahaha!!! Aku pun beru terhegeh-hegeh mengganti ni. Last week 2 hari. This week insyaALLAH plan 3 hari. Nanti habis lah. Korang yang kena ganti banyakkkkkk sangat tu, wajib start dari sekarang. Kalau tangguh alamatnya memang tak sempat lah. 
Konon nasihat orang tapi diri sendiri baru merangkak mengganti puasa. *sob sob*

Wednesday, April 22, 2015

Tak Semua Kau Fikir, Orang Lain Fikir.

Faham tak tajuk tu? Macam berbelit tapi senang je sebenarnya. Aku bagi contoh. 
Kau update status tentang mahalnya harga barang lepas GST sekarang. Tiba-tiba ada hamba Allah komen kekonon kau ni tak tahu bersyukur, katanya at least kau mampu nak bayar harga barang-barang tu. Tapi sebenarnya maksud kau tentang status tu sekadar pandangan tentang betapa mahalnya harga barang yang kau beli kalau dibandingkan sebelum dan selepas GST. Tak ada maksud negatif lain pun. Sekadar pendapat. Paham dop??? Pendapat.
Yang hamba Allah ni tadi, pakai serang je. 
Jadi apa korang kena buat??? Nak balas balik komen tu? Atau nak explain pada dia?
Sejujurnya aku pilih untuk berdiam diri. Dok balas komen pun tak jadi apa. Nak explain, risau dia salah faham lagi. So korang rilex aje. Tenangkan hati. Jangan melenting. 
Dalam dunia ni, masing-masing ada otak sendiri. Pemahaman kita semua terhadap sesuatu perkara tak sama. So kalau ada yang tetiba fikir lain macam hamba Allah ni tadi, maafkan je. Mungkin dia dah salah faham. 

Nak Bagi Hadiah Apa Ni??

Esok birthday ibu. Yeay!!!! InsyaALLAH bertambah lagi usia ibu. Bertambah lagi masa Allah pinjamkan ibu untuk kami sekeluarga :)
Tapi ada 1 masalah. Masalah biasa bila tiba special event dalam hidup orang yang kita sayang. Hadiah. Nak bagi hadiah apa niiiii?????

Kelmarin adik ada sebut pasal Groupon. Katanya ada kupon/voucher murah murah. So dia suggest untuk cari kupon/voucher hotel buffet, pastu bagi kat ibu & ayah. Bagi chance ibu ayah dating berdua tanpa suara hiruk pikuk anak-anak yang macam tarzan! Ok ke gitu??
Tapi aku dok fikir sekarang ni, ibu suka spa, mani-pedi...Selalu jugak ibu sebut yang dia teringin nak ke spa. Aku rasa kalau bagi voucher spa pun ok. Kan? Nak bagi barang, dah tak tahu nak belikan apa. Kot ibu tak suka ke barang yang kitorang belikan nanti, haru jugak.
Korang rasa??

Zikir Hari Rabu

Salam 3 Rejab
:)

Tuesday, April 21, 2015

Jemputan

Tak lama lagi cuti panjang. Tak lah panjang sangat. Start hari Jumaat, 1 Mei dah cuti hari pekerja, pastu sambung Sabtu Ahad. Jadi masa tu berduyun-duyun lah jemputan kawen. Aku ada 1 je jemputan. Hehe... Dari seorang rakan lama. Rakan sekolah rendah dulu.

Kalau ikutkan taklah rapat sangat sebab masa sekolah rendah dulu selalu gaduh. Huwaaaa!!! Kalau dikenang memang bikin malu weh!
Tapi sebab dia tak ramai adik beradik. Tak silap aku dia ada 2 orang kakak dan dia yang bongsu. Kakak sulung dah busy jaga 5 bebudak, harapkan kakak kedua dia je. Kawan-kawan & sepupu sepapat pun ramai dah kawen. Ada yang memboyot, ada yang sibuk exercise (kejar anak lettew). Jadinya....dia jemput aku untuk datang masa majlis berinai, nikah & sanding dia nanti. Aku ni niat nak pegi tapi segan. Lagi 1 risau kalau tetiba ada hal lain. Tak berani nak janji.
Tapi aku harap aku dapatlah pegi. Kesian pulak sebab dia harapkan  kawan-kawan di sisi dia. Hopefully Allah perkenankan niat aku dan mudahkan semuanya.
Ni yang aku jumpa. Wallahualam.
Doakan aku!

2x GST. Nasib badan....

Minggu lepas, adik lelaki aku mengadu. Lebih kurang gini lah ayat dia ye.

"Yip topup tadi. Beli topup RM10, dah kena GST. Pastu lepas topup, tiba-tiba ada mesej dari ****. Dalam mesej tu tulis yang 6% GST ditolak dari kredit Yip. Untung lah diorang macam tu. Sampai 2 kali Yip kena bayar GST."

Dia dah macam meroyan. Aku? Dengar dan kadang-kadang jadi batu api. Kehkeh!! Tak guna punya kakak!

Dah tu apa lagi aku nak cakap. Tak tahu nak komen. Tak tahu siapa yang ambil kesempatan sebenarnya. Nasib badan....

Happy Tuesday!

Salam Selasa.
Salam 2 Rejab semua
:)
Moga dikurniakan hari yang indah.
Moga segala urusan kalian dipermudahkan.
Be great!!!

Monday, April 20, 2015

Jodoh vs Rezeki vs Ajal

Antara jodoh. rezeki & ajal, mana yang lebih kerap kita fikirkan? Kalau kita masih belum bertemu jodoh, hati akan terdetik "bila lah nak sampai jodoh aku ni."
Bila belum dapat kerja, hati berbisik "kenapalah aku belum dapat kerja, takda rezeki kot."
Banyak persoalan yang kita bangkitkan bila berkaitan soal jodoh & rezeki. Itu ini, begitu begini.
Tapi...pernah tak kita tanya "bila lah Allah nak tarik nyawa aku. Bosan pulak rasanya hidup ni." Haaaa.....ada orang macam tu? 
Pendek kata, setiap hari, setiap ketika kita sibuk fikirkan soal jodoh & rezeki. Tapi kita kurang berfikir soal mati. Bukankah mengingati mati itu sesuatu yang mulia? Dengan mengingati mati, hati akan rasa takut lalu secara automatik kita akan menambah amal ibadah buat bekalan di sana kelak.
Jom kita sama-sama muhasabah diri. Aku tak kata kat orang lain, aku tuding jari pada diri aku sendiri dulu. Moga bermanfaat untuk aku, kau dan kita semua, makhluk di bumi Tuhan.

Hello Isnin :)

Salam Isnin korang :)
Say NO to monday blues.
Hari Isnin sama macam hari-hari yang lain.
Ceriakan diri. Mulakan hari dengan zikir.
:)

Sunday, April 19, 2015

Khasiat Teh Hijau/Green Tea

Tak ramai yang suka minum teh hijau atau green tea. Mungkin sebab rasa yang tawar dan sedikit pahit. Ada yang minum teh hijau ni dan dicampurkan sedikit gula ke dalamnya. Tapi seeloknya teh hijau diminum tawar. Tak perlu tambah apa-apa.
Banyak khasiat minum teh hijau. Antaranya:
**Membantu mengawal berat badan
**Mengurangkan kolestrol
**Mencegah kanser
**Menurunkan tekanan darah
**Mencegah keracunan makanan
Biasanya, teh hijau menjadi pilihan orang-orang yang nak kurus. 
Haa...kalau nak kempiskan perut, elok sangat kalau minum 5 cawan teh hijau setiap hari. Teh hijau ni syok tau. Aku minum jugak. Setakat ni aku cuma minum brand Boh je. Yang lain tak pernah cuba.
Mula-mula mungkin korang tak biasa dengan rasanya, tapi lama-lama korang akan suka. Rasanya lebih kurang je dengan teh o biasa yang kita minum tu. Cumanya yang ni tawar, takda gula langsung. Tu je. Demi kesihatan, minum je lah. Bukan teruk sangat rasanya. Teh hijau ni dah jadi salah satu minuman kegemaran aku dah. Hehe...

Resepi: Kek Batik (Tanpa Susu)

Kek batik merupakan kek paling senang, mudah dan pantas dibuat dalam dunia ni. Dan ni satu-satunya kek yang aku reti buat. Haha! Kek batik ni jugak favorite adik-adik aku. Kena buat dua loyang sekaligus. Separuh bagi si dia, yang lain adik-adik pakat perabih. So kali ni aku nak share resepi kek batik tapi versi tanpa susu.
Dulu-dulu aku guna susu, tapi hari tu aku buat, aku serius terlupa letak susu. Tapi feedback adik-adik sangatlah menakjubkan! Diorang kata kek batik tanpa susu lebih sedap sebab tak terlalu manis, dan rasa pahit milo tu sikit. So baru-baru ni aku buat tanpa susu punya.
Bahan-bahan (untuk 1 loyang):
Biskut Marie 1 paket
Milo 200g
Butter 250g
Esen vanilla

Cara-cara:
1) Patah-patahkan biskut Marie. Aku selalu ambik 1 dan patah 4. Kalau taknak patah pun takpe je.
2) Cairkan butter dalam periuk/kuali.
3) Bila butter dah cair, masukkan milo. (Biasanya aku bancuh dulu milo dengan air panas. Kalau taknak bancuh dulu pun boleh. Terpulang, ikut cara masing-masing)
4) Kacau butter + milo tadi. Kacau kacau kacau. Elakkan adunan tu jadi berketul-ketul.
5) Masukkan 1 sudu besar esen vanilla. Kacau lagi.
6) Bila campuran tadi dah mendidih sikit, terus masukkan biskut. Gaul rata. (Masa gaul tu, korang boleh padamkan api. Kalau tak nanti hangit pulak belah bawah adunan korang tadi tu)
7) Isi dalam loyang dan mampatkan. Tunggu sejuk kejap pastu masuk dalam peti ais.

Senang kan? Selamat mencuba!

Saturday, April 18, 2015

Lawak Jodoh

:P

Tips Murah Rezeki

Selamat pagi. Salam Sabtu ^_^ 
Tips paling popular. Ramai dah tahu tapi aku tetap kongsikan di sini sebagai peringatan dan tambahan kepada amalan-amalan yang kita pernah lakukan sebelum ni. Moga bermanfaat :)

Friday, April 17, 2015

Blog Review

Baiklah. Ini bukan segmen. Bukan GA. Bukan contest. Ni saja saja suka hati aku. Dengan baik hatinya (sebenarnya macam tak ada idea nak update blog) aku nak review 5 blog yang bertuah (bertuah keeee).
Syarat-syarat:
Followers blog korang KURANG DARI 300 ORANG
Tu je syarat aku. Kenapa bawah 300? Sebab tujuan aku buat review ni selain daripada aku dapat up entry (hehehe...), aku jugak nak tolong korang up follower korang. InsyaALLAH. Aku tak janji lah follower korang boleh naik mendadak sebab aku bukan fofular punn... Pageview pun tak hebat. Tapi aku try buat review sebaik mungkin.
So sesiapa yang nak aku review, boleh tinggalkan link blog kat kotak komen.
Mekaceh....Bye!

Dazzling Sister Shoppe

Hari tu aku singgah di salah satu butik cafe. Dah alam aku usha. Eceh! Kekonon. Sebenarnya aku vendor di butik tu. Cuma aku tak pernah pegi tengok sendiri butik tu macam mana. Segala urusan restok makanan semua si dia uruskan. Masa mula-mula nak join butik tu sebagai vendor pun si dia jugak yang jadi spy. Hehe..
Jadinya hari Isnin kot, aku singgah lah kejap lepas balik kerja. Dekat je pun butik tu dengan office aku. Dah sekali jalan nak balik rumah, singgah. Mula-mula masuk, aku terus jatuh cinta. Wahhh gitu! Sebabnya butik ni kebersihan tiptop!! Pastu owner terus senyum kat customer yang masuk butik tu. Kredit untuk diorang. Owner mesra macam tu lah yang dicari. Customer pun senang hati je nak cari barang.
Lepas tu aku tengok pulak decoration dalam butik. Terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian butik & bahagian cafe. 

Ni bahagian cafe. Bahagian butik....maaflah...Aku tak terfikir nak snap. Almaklumlah penggemar makanan, jumpa makanan terus lupa dunia. Huhu....Tapi dari pemerhatian aku, dari shawl sampailah ke stokin semua ada jual. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Complete!
Kat sini korang boleh shopping sampai penat pastu pilih makanan dan duduk makan kat situ.
Ada ruang makan tau. Siap boleh tengok movie lagi. Masa aku datang ni, tengah siarkan movie Big Hero. Rasa macam nak duduk melekat kat situ je. 
Seperkara lagi yang aku suka, butik ni pandai tarik pelanggan.
Ini yang aku maksudkan. Kalau pembelian RM20 ke atas, diorang kasi 1 cop. Cukup semua ruang kosong tu, nanti dapat free gift. Macam loyalty card lah kot. Aku tak tau nak panggil apa. Haha!
Ni pemandangan butik dari luar. Lawa! Butik ni terletak di area Batu Caves. Bangunan betul2 sebelah Giant. Sederet dengan MBSB dan atas Bank Muamalat. Kalau nak lebih info, korang wajib follow instagram Dazzling Sister Shoppe
Selamat shopping! Selamat makan!

Rezeki Yang Berkat

Berapa ramai antara kita yang ambil kira soal rezeki yang berkat? Aku rasa jumlahnya tak ramai kalau nak dibandingkan dengan jumlah orang yang fikir pasal nak gaji banyak atau sikit.
Aku dah lama nak menulis tentang ni. Tapi tadi, ayah berkongsi cerita tentang staff di office beliau. Ayah kata office sepatutnya buka pukul 8 atau 8.30 pagi (tak dengar sangat). Tapi ayah kata office beliau bukak pada jam 9.15 pagi. Aku cuma geleng kepala dengar cerita ayah. Otak aku ligat berfikir, mana datangnya rezeki yang berkat kalau buat perangai macam tu? Staff semua datang lewat, ayah tercongok duduk depan office. Apakah???
Aku nak share sikit beberapa aspek yang aku rasa ramai orang ambil mudah.
Ketepatan masa/Punctuality
Jujur aku kata, aku tak suka orang yang tak punctual. Kau patut masuk office pukul 9? Then kenapa kau masuk pukul 10? Contoh. Nak pulak kalau masuk lewat tanpa sebab. Tapi time balik, kau orang pertama angkat punggung.
Pengurusan masa/Time management
Kerja yang boleh settle dalam masa sejam, kau buat dalam masa sehari. Dari mula masuk office sampai time balik pun kerja tu tak settle2. Padahal kerja simple, dan tak ada halangan yang menghalang kau dari settle kan kerja tu. Elok2 boleh selesaikan 3 benda dalam sehari, korang asyikkk lah buat 1 benda tu je.
Kejujuran/Honesty
Office hour katakan 9 jam. Kau main whatsapp dengan kawan-kawan, pakwe makwe, tok nenek semua dah 5 jam. Mana kejujuran korang dalam hal ni? Lagi 1 kalau bos ada, kemain buat kerja. Macam kau lah staff paling busy. Tapi bila bos tak ada kau lah staff paling setan. Bos tak nampak tapi Allah nampak. Ingat tu.
Bagi aku benda macam ni patut dah tersemat dalam hati kita semua. Aspek-aspek ni penting. Tak kiralah korang bergelar pelajar ataupun pekerja. Tapi sayang ramai buat endah tak endah. Bagi sesetengah orang, asalkan hujung bulan dapat gaji dah lah. Mungkin orang-orang ni lupa, kalau gaji berjuta sekali pun, tapi tak jujur dengan diri sendiri, duit tu tetap takkan cukup.
Kalau korang orang yang rajin bersedekah, alhamdulillah. Tapi tolong check balik samada rezeki yang korang share tu berkat ke tak. Jangan ditanya kenapa tiap2 kali dapat gaji korang sedekah, tapi duit macam tak cukup sedangkan salah 1 cara nak murah rezeki adalah dengan bersedekah. Aku rasa jawapannya macam kat atas, KEBERKATAN. Makan gaji buta dan gaji tu korang buat sebagai sedekah. Faham akibatnya?
Renung renungkan. Aku bukan perfect. Aku pun ada buat silap tapi kita sama-sama muhasabah diri kita. Betulkan apa yang tak betul. Sama-sama kita belajar untuk jadi manusia, pekerja, pelajar yang lebih baik. InsyaALLAH.

Thursday, April 16, 2015

Sandwich Yang Yummy!!!

Suka makan sandwich? Aku suka. Suka sandwich telur? Aku suka. Suka sandwich tuna? Aku suka. Suka sandwich ayam? Pun aku suka. Aku, apa yang tak suka. Pasal makan aku ke depan dulu. Hehe...
Tapi cuba tanya, rajin tak nak buat sendiri? Haruslah jawapan aku tak! Malas weh! Nak2 bila kau suka semua jenis sandwich dan kau nak makan semua sekaligus. Memang tak lah nak buat sendiri. Itu aku. Kalau orang lain mungkin rajin. Aku ni memang dari azali pemalas. Heee~~~
Jadi solution aku adalah....Jeng jeng jeng!!!
Semua di hujung jari. Order online dan sampai di muka pintu rumah aku. Hebat zaman sekarang. Hewhewww..
Ni aku order dari instagram garsa.kitchen Dah lama aku perhati, usha2 ig diorang ni. Retis2 pun selalu makan sandwich diorang. Semalam dengan tahap kebulur melampau, aku order lah.
Rasa? Sedap sesangat tak tergambar dek kata-kata! Ha gituuu. Sedap bebenau nampaknya ye. Memang sedap! Tak rugi beli.
Garsa Kitchen sediakan banyak pilihan sandwich. Antaranya beeftastic, tuna turner, eggstacy, dll. Korang pilih la nak yang mana. Macam semalam, sebab aku tamak nak rasa semua, aku order set Fiesta. Memang fiesta giler lah dalam box tu. Semua flavor ada dalam 1 box. 24pcs, semua dapat rasa. Memang ummpphhh!!
Pegi follow ig diorang kalau nak info lebih lanjut. Serius tak rugi keluar duit sikit untuk rasa makanan sesedap ni. Adik aku sampai hadap box sandwich tu sambil main phone, rilek2 depan tv. Nikmat dunia. Hihi!
Sila sila follow & order bebanyak dari Garsa Kitchen okeyh. Nak buat sendiri pun, hmmm.....
Kbai!

Monday, April 13, 2015

Mee Tarik Warisan Asli

Semalam aku ajak si dia keluar makan. Perut lapaq! Fikir punya fikir kitorang decide makan kat Mee Tarik Warisan Asli. Korang penah dengar tak? Aku selalu dengar tentang kelazatan, kesedapan & kehebatan rasa mee tarik tu tapi tak pernah lah makan. Padahal kat Sri Gombak je pun. Dekat bebenor dengan rumah. So nak try lah jugak kali ni.
Duduk, tengok menu, aku dah terliur. Macam-macam ada! Bukan mee je, nasi pun ada jugak. Ala2 masakan Cina. Si dia kata, kalau kat Taiwan lagi sedap sebab bahan-bahan fresh dari sana. Tapi yang kat Malaysia ni pun sedap jugak katanya. Rupanya selalu dia makan kat situ dengan kawan-kawan. Cis!
Aku makan ni. Ermmm.....jangan tanya nama ea. Serius lupa. Tapi sangat sedap. Kuah tu macam sup je, mungkin air rebusan daging. Lepas tu merah2 tu sebab letak cili kering. Aku siap mintak extra chilli lagi. Yummyyy!!! Si dia makan apa entah tapi sedap! Tak sempat snap dia punya mee sebab sampai2 je dia terus ngap. Entah baca bismillah entah tak. Huh!
Dari segi harga, serius bagi aku berbaloi dan murah. Tak ada GST pun. 
See? Makan sedap, air sedap, kuantiti banyak, memang berbaloi. Sangat berbaloi!
Aku tak sure kat negeri lain ada ke tak. Pandai2 lah korang google ek. Tapi kalau sesiapa kat KL, meh la datang Sri Gombak. Makan kat Mee Tarik Warisan Asli ni. 

Sunday, April 12, 2015

Kehidupan...

Pernah dengar hidup ibarat roda? Setuju?
Aku sangat setuju. Hidup kita berputar. Adakala kita di atas adakala kita di bawah. Sebab tu kita selalu dengar orang pesan, jangan meninggi diri. Jangan hina orang di bawah kita sebab apa yang akan jadi esok lusa, takda siapa tahu.
Kalau sekarang kita di atas, bantu orang-orang di bawah kita supaya sama-sama naik. Jangan sombong, jangn lokek membantu.
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol