Friday, March 13, 2015

Shaving vs Waxing

Dah kenapa tajuk tu? Takda tajuk lain ke? Eh, blog ai suka hati ai lah. Hehe! Ok, entry ni bukan nak memalukan sesape atau bukan saje2 macam tak jaga sensitiviti tau. Mohon korang open minded sikit ye. Benda normal je ni.

Dari pemerhatian Tira, ramai pilih shaving instead of waxing. Kenapa? Sebab katanya waxing tu sakit. Waxing tu leceh. Waxing tu bahaya. Macam2 lagi lah. Haaaa ni nak bagitau sikit.

Waxing lebih BAGUS berbanding shaving. Kenapa?

  • Waxing cabut sampai akar sedangkan shaving cuma menghapuskan 'hair' di permukaan kulit je.
  • Waxing buatkan 'hair' tumbuh lebih halus dan lebih lambat. Biasanya 2 minggu baru nampak balik 'hair' tu. Kalau shaving, 'hair' tumbuh lebih lebat & kasar.
  • Waxing takkan buat area kulit tu hitam. Sape2 yang selalu shave, cuba tengok kulit tu especially armpit, hitam kan? Tak lawa hokeh!
Ada banyak waxing product kat pasaran sekarang. Ini yang Tira guna. 
Norah Hair Removal
NHR ni organic tau. Berasaskan madu. Pernah tutup tak rapat, mak oi!! Semut berduyun-duyun datang. Cuai lagi, padan muka! Yang ni korang kena rendam dulu botol tu dalam air panas mendidih. Bila wax tu dah cair sapu kat mana2 area korang nak. Then dalam 1 set ada kain cotton & stick kayu ala2 batang aiskrim. Sapu, lekatkan kain, tarik selaju mungkin. Fuh! Best!
Veet Wax Strips
Ini pun Tira guna jugak. Kalau macam NHR tadi, korang kena panaskan tapi yang ni ready-to-use. Kalau travel sesuai sangat kalau nak bawak Veet ni. Sebab tak payah panas2 kan. Tapi kalau kat rumah, Tira guna je yang NHR tadi tu. 

Sakit tak kalau waxing?
Tak. Kalau first timer mungkin sakit sikit. Sikit aje. Pernah kena gigit semut tak? Hah macam tu je rasanya. Sakit pun kejap sangat, tak sampai seminit.

Bahaya tak?
Pun tak. Ada yang dok imagine macam2. Kekonon nanti kulit tercabut sekali. Hoi! Melampau tau imaginasi korang. Haha! Bukan korang biar sehari suntuk pun wax tu kat kulit korang. Lekatkan kejap je, pastu tarik lelaju. Hah! Selamat ^_^

Jelas tak? Best tau waxing ni. Jom tukar kepada waxing!

Mana nak cari products ni?
Veet: Guardian, Watson
NHR: https://instagram.com/organichairremoval/ (usha IG ni, nanti korang boleh tengok list agen terdekat)

***Ini bukan review berbayar. Tira just nak share product yang Tira guna sahaja. TQ.

4 comments :

Aku Penghibur said...

untuk jangut da misai lebih baik shaving dr waxing hehwee

Zizie Zack said...

kat mana boleh beli Norah Hair Removal?

norahwax hairremoval said...

Boleh dapatkan dengan saya. Hanya rm35 sahaja berminat boleh wassap ke 014 8252493. :)

finn SnK17 said...

kita pun guna ini juga. ^^ hehe

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol