Friday, March 6, 2015

Pahala setelah mati...

Salam Jumaat semua :)

Just nak share kata-kata dalam gambar tu dan kaitannya dengan blogger. 

Blogger memang suka menulis. Meluahkan pendapat selain berkongsi cerita tentang hidup masing2. Tapi tak kurang yang suka bergosip di blog sendiri. Ooopsss! 

Suka tira ingatkan, kita semua akan pergi bertemu pencipta kita, tapi apa yang kita tulis akan kekal di sini (melainkan korang delete sebelum mati lah). Apa salahnya kalau kita mula menulis sesuatu yang baik, memberi manfaat dan nasihat menasihati sesama kita.

At least, kalau 10 followers kita buat apa yang kita pesan, dan selagi ada orang yang membaca nasihat dari kita tu, kita juga insyaALLAH akan dapat pahala. Senang kan?

Ini cara palinggggggg senang untuk buat baik. Pahalanya berterusan. Kebaikan lain pun ada jugak, contohnya macam wakafkan Al-Quran, telekung kat surau/masjid. Sedekah. Macam2 lagi cara kalau nak buat kebaikan. 

Dan sebagai blogger, tira rasa kita patut rebut peluang untuk buat kebaikan, walaupun lepas kita takda atas muka bumi Allah ni. Jom mula dari sekarang! 

1 comment :

ros_reeza said...

Yup betul.. Ambil peluang menulis yg baik baik

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol