Tuesday, March 10, 2015

Mata Tak Berhijab by Zulkifli Ahmad Idrus

Sape suka baca kisah seram? Tira suka! Start minat baca cerita2 seram ni bila baca novel Angkara Saka karya novelis Zaifuzaman Ahmad. Ada yang berkongsi minat dengan tira tak?? Meh nak share sikit.
Korang harus, wajib terjah blog Mata Tak Berhijab ni. Serius banyak sangat kisah seram yang boleh bagi bulu roma korang tegak berdiri! Tira baca siang2 pun rasa semacam aje. Inikan pulak kalau baca malam2. Uhuiii!!! Tak berani.
Penulis blog ni, Zulkifli Ahmad Idrus tapi tira panggil Apak aje. Nama glemer gitu! Beliau ni memang alami sendiri cerita yang ditulis. Bukan saja suka suka hati reka tau. Kalau tak percaya, boleh baca pengalaman beliau dalam blog tu. Kisah2 yang beliau alami ni diterbitkan dalam bentuk buku. Dah ada 3 siri dan siri ke-4 on the wayyyyy!
Tengok betul2. Cover novel je makin seram. Kisah2 dalam tu tak payah cakaplah. Confirm lagi best, lagi mantap, lagi buat korang tak boleh tidur malam. 
Ok. Ini tips bagi sesiapa yang nak baca kisah seram tapi acah acah berani. Yelah, tak semua kuat semangat kan. Amalkan ni tau. Tips exclusive dari penulis Apak. Hehe!
1) Selawat
2) Ayat Kursi
3) Bismillah 21x
4) Al-Fatihah 7x
5) Al-Ikhlas 7x
6) Belajar ilmu pertahankan diri yang bersih dari tahyul & khurafat
Oh! Selain daripada dapat lari jauh dari kisah2 cinta yang mengarut merepek, korang jugak boleh dapatkan tips2 menarik dalam blog beliau. Tadi baca salah satu kisah, tup tup dapat tahu cara macam mana nak pastikan samada restoran/kedai makan yang kita pegi tu amalkan ilmu pelaris ke tak. Info berguna tu.
Ok dah. Tu je nak story mory. Nak sambung baca blog Mata Tak Berhijab tu balik. Korang pun kena baca tau! Memang lain dari yang lain. Tata!

4 comments :

Aku Penghibur said...

nice review.. 👍👍👍 bestkn ceritanya

Zizie Zack said...

nice review kak tyra :)

Cik Yaya said...

xmau baca la..tkuttt... =p

Azli Sham said...

mane nk dapt ye?

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol