Monday, March 30, 2015

Klisye

Dulu2 aku peminat novel. Masa usia remaja lah. Tapi sejak setahun yang lepas, aku dah kurang membaca novel2. Malah apa2 novel yang terbaru di pasaran pun aku dah tak ambil tahu. Kalau ke kedai buku, jarang sangat aku ke bahagian novel2. Tengok sebelah mata je. Kenapa ek??

Sekadar pendapat. Mungkin minat terhadap novel dah berkurang sebab lambakan novel yang jalan ceritanya sangat klisye! Maaf. Ini pandangan ikhlas dan datang dari lubuk hati yang paling dalam. Cewah! 
Hero hensem, heroin cantik bak model, hero kaya, heroin miskin. Plot ceritanya sama. Kahwin paksa/kontrak, mula2 benci lama2 cinta. Konflik yang macam takda kesudahan. Happy ending. Apakah??????
*sekadar gambar hiasan*
Hidup ni tak seindah jalan cerita novel. Tak salah rasanya kalau penulis2 novel bentangkan suatu realiti kepada anak muda sekarang. Jangan sogok anak muda dengan cerita fantasi je. Sesekali buat mereka sedar yang hidup ni ada dugaan, ujian, dan ada kepahitan. 
Mungkin tu salah 1 punca minat aku pada novel semakin berkurang. Tapi mungkin juga usia jadi faktor utama. Yelah, dulu aku remaja tapi sekarang nak masuk 3 series. Jadi fikiran makin matang dan minat pun dah lain. Dulu2 syok lah aku melayan cerita2 fantasi ni. Tapi sekarang, sorryyyyy!
Melainkan kalau jalan ceritanya lain dari yang lain, memang aku tak teragak-agak untuk beli. Ada 1 novel dari rakan blogger yang aku nak beli nanti. Tajuknya 'BUNUH'. Baca sinopsis memang lain dari yang lain. Nak pulak aku memang peminat beliau. Novel pertama beliau pun plot cerita tak klisye. Seronok baca!
Maaf ye peminat tegar novel sekalian. Aku bukan kutuk minat korang tapi aku cuma bagi pendapat tentang lambakan novel yang kurang bermanfaat di pasaran sekarang. Minat korang aku hormat. Membaca tu amalan yang bagus kan ^_^


4 comments :

Aku Penghibur said...

hahahaha acik masih macam dulu sangat minat membaca.. tapi biasalah mmg akan hilang smgt membaca

Jom Vote blog acik bagi msmw

Aku Penghibur said...

hahahaha acik masih macam dulu sangat minat membaca.. tapi biasalah mmg akan hilang smgt membaca

Jom Vote blog acik bagi msmw

Zizie Zack said...

me too! baca sinopsis jela. kalau nak beli, zizie lebih suka buku2 dr lejen or fixi.. yg lain, hurmmm.. klise nya haa

Farrah MF said...

Setuju. Life memang cliche,..tapi tak perlulah kita disogokkan dengan jalan cerita yang sama je. Akak prefer novel yang ada twist,.kita tak dapat agak next plot :)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol