Thursday, March 26, 2015

Kisah Interview

Kisah 1
Interview pukul 10am. Calon sampai company tu 9.30am. Siap isi borang dalam masa 15minit. Tunggu. Tunggu. Tunggu. 10.30am baru interviewer munculkan diri.

Kisah 2
Interview 4pm. Calon tiba di office 3.30pm. Masa si calon sampai, interviewer ada dalam 1 bilik tengah interview sorang calon lain. Si calon settlekan isi borang. Siap! Calon yang lain tadi dah habis interview (sebelum jam 4). Tapi? Interviewer boleh buat dek dekat calon yang sedang menunggu giliran. Dia duduk dalam bilik dia, tak keluar2. Tunggu tunggu dan terus menunggu. Si calon mula resah memikirkan jalan dah mula jem. Jalan KL, faham2 sendiri lah. 4.15 tiada panggilan. 4.30pm, masih tiada. Last2 calon angkat beg dan blah sambil menghamburkan kemarahan pada receiptionist. "I can't wait any longer! Can you open the door for me please!"

Just my 2 cents...

Ya. Memang kami calon yang hantar resume, datang untuk di-interview. Tapi kami bukan pengemis. Kalau dah janji pukul 10, pukul 10 tolonglah munculkan diri. Janji pukul 4, pukul 4 sila standby. Interview calon juga 1 kerja, ibadah. Lewat-lewatkan, sendiri tanggung.

Lagi satu, kalau interviewer ada kerja urgent, tolong inform atau minta receiptionist inform pada calon. Jangan biarkan calon tercongok kat office tu macam tunggul.

Bayangkan kalau calon tu ada hal lain lepas interview session. Kita boleh estimate sendiri. Kebiasaannya paling lama bersoal jawab pun dalam sejam atau sejam setengah. Kalau diorang dah janji dengan orang lepas tu? Atau lebih teruk kalau dia ada interview session yang lain lepas tu, macam mana?

Come on lah. Kalau calon datang tepat2, kena marah sebab lewat katanya. Nak isi form bla bla bla. Tapi bila calon datang awal, dilengah-lengahkan. PUNCTUALITY is very IMPORTANT! Hormat orang lain sebelum korang minta untuk dihormati.

Wallahualam.

2 comments :

Faziera193 said...

geram jugak kalau jadi macam ni..tu kalau takde kerja lagi takpe..kalau orang yang nak bertukar kerja, kena mintak cuti semata-mata nak datang interview tu lagi rugi..huhu

Z@i Z@mR33 said...

klau akak pon tbakaq gak jd cmni.wt mcm kita xda hati n prasaan

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol