Monday, March 2, 2015

Design blog by Syakirah Rashid

Macam yang dijanjikan semalam, kali ni tira nak share tentang design blog dan designer nya sekali. Weehoo!!

Okeh! Design blog kali ni tira tempah dari adik SYAKIRAH RASHID
To be honest sangat senang bekerjasama dengan adik Kiera. Tira just inform apa tema yang tira nak. Simple je. Bagitau warna, bagitau tak nak kartun, doodle dll, nak design simple, dan ambil 1 blog rujukan dari portfolio dia. Lepas beberapa hari, tadaaaa!!!! Siap! Dan tira takda minta dia edit apa2 lagi dah. Sebab semuanya sesuai dengan apa yang tira nak. 

Maka ini lah dia blog baru ai olzzzz!!! :D

Kenapa tira pilih adik Kiera?
Sebenarnya tira ada banyak pilihan. Pernah bekerjasama dengan beberapa orang designer blog macam Aini & adik Mas. Tapi Kiera jadi pilihan sebab.....

Sebelum ni tempah dengan Aini, dia bagi discount kaw2 sebab dah kenal lama. Tempah dengan adik Mas pun macam tu jugak. Serba salah dibuatnya. Rasa tak sedap hati sebab itu effort diorang tapi habis segala benda dapat discount. Sebab tu tempah dengan adik Kiera. 

Kenal Kiera dah lama, dulu dia pernah edit blog tira secara percuma sebab jadi sponsor Giveaway dia. Memang bajet takkan dapat discount lah. Yakin nih! Tetiba tetapppp ada discount. Bukan sikit2. Huhu! Dah lah hasil kerja over memuaskan. Siap tanya takpe ke ni bagi akak discount. Takpe katanya. Sebab dah lama kenal bak kata dia. 

Allahuakbar. Itulah orang kata rezeki. Ikut celah mana pun kalau dah rezeki kita, tetap kita akan dapat kan? Alhamdulillah. 

Thank you so much Kiera. Moga murah rezeki Kiera. Dan semoga murah juga rezeki designers yang pernah edit blog tira ni. Thank you again :')

3 comments :

Princess Mimi said...

Wow !!!Memang cantik..nti nk tempah kat dia la..hihi

Lissa LaLissa said...

Rezeki jangan ditolak yer., hehe btw, memang cantik design nya. tip top ! hehe

cik kiera said...

Wahh, terima kasih atas entri ini. Tak jangkaa. Alhamdulillah. Akak sukakannya. Itu yang paling penting bagi kiera. kepuasan hati pelanggan perlu diutamakan. Huhu . sayang akak. Thanks Again :*

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol