Monday, March 9, 2015

Daging Black Pepper

Nak share resepi! Masa ibu ayah pegi Miri, tira masakkan Daging Black Pepper untuk adik2 dan si dia :) First time cuba dan dapat positive feedback! Yeay!!!

Bahan-bahan:
Daging lembu (hiris nipis)
Black pepper (ditumbuk)
Cili benggala/Capsicum (hijau/merah/kuning)
Kentang (potong kecik2 comel)
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Garam (secukup rasa)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
1) Rebus daging sampai empuk. (Petua, kalau nak cepat empuk letak sudu besi dalam periuk tu sekali)

2) Lepas daging empuk, panaskan minyak dan tumis halia & bawang putih.

3) Bila dah naik bau, masukkan black pepper yg dah ditumbuk tadi. (Ikut koranglah nak letak banyak mana. Kalau nak pedas, letak lebih tau.) Bubuh garam.

4) Lepas tu, masukkan daging. Gaul sampai rata. Biarkan dulu. Nanti daging tu keluarkan air tau. Kalau nak berkuah, jangan biar sampai air tu kering.

5) Agak2 air daging tadi tu dekat nak kering, masukkan pulak kentang yang korang dah potong kecik comel tadi. hehe! Biarkan, kasi kentang empuk.

6) Last sekali masukkan bawang besar & capsicum yang dah dihiris. Gaul gaul gaul. Biar sebati.

7) Tutup api, siap! Hidangkan dengan nasi panas2.

Hari tu tira masak 1 lauk ni je. Pemalas lah katakan. Heee~~~ Tapi adik2 siap ratah lagi. Yeehaaa!!!
*tira takda sukatan. Pakai campak2 je. pandai2 lah korang yeeee.

Selamat mencuba!

4 comments :

aima said...

MMM ....dapnya....simple je

Azhafizah Md Nor said...

kalau ada black pepper dalam masakan mesti sedap!

Cik Yaya said...

fuhh nmpk mnyelerakan...nyum3...
kalau aym mesti lagi sedap..heeeee =D

dEdEQ dE wIshEs said...

SEDAPPNYE .. BOLEH TRY NI (Y) .. HEE~

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol