Sunday, March 29, 2015

Buku Pilihan: DIAgnosis

Dulu aku merasakan bergelar Doktor ini hebat. Betapa bertuahnya dapat menyarung white coat, mengendalikan pembedahan2 besar. Pasti mereka bangga.

Ya. Mereka memang hebat! Tapi aku lupa untuk berfikir sejenak cabaran2 yang harus mereka tempuhi. Tika kita enak diulit mimpi, mereka masih berjaga merawat pesakit. Saat kita bergembira meluangkan masa dengan yang tersayang, mereka terkejar ke sana sini menguruskan hal2 kecemasan. Besar pengorbanan mereka. Tetapi ada manusia2 yang sewenang-wenangnya mencaci, mengherdik para doktor & jururawat yang bertugas. Allah! Betapa sedihnya hati mereka bila pengorbanan dan penat lelah dibalas sebegitu rupa.

Buku ini, DIAgnosis...mengajak aku belajar, terma2 yang biasa digunakan seorang doktor. Ilmu bertambah. Biarpun mungkin suatu hari aku akan terlupa dek kerana aku bukan doktor yang akan selalu menyebut dan menggunakan terma2 tersebut.

DIAgnosis mengajar aku rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Hati kita adakala jahat. Merungut itu ini. Tapi baca saja kisah2 di dalam buku ini, baru aku buka mata. Ada kehidupan yang lebih susah dari aku. Ada dugaan yang lebih hebat dari apa yang aku lalui.

DIAgnosis menyedarkan aku, segala pekerjaan/tugas, jika diniatkan kerana Allah s.w.t. pasti akan dipermudahkan. Segalanya! Sifat kebergantungan para penulis kepada Allah, membuatkan aku kagum. Setiap langkah & perlakuan mereka dimulakan dengan lafaz Bismillah. Sedangkan aku sendiri adakalanya lupa melafazkan kalimah itu tatkala memulakan sesuatu. Astaghfirullah....

Paling terkesan di hati, DIAgnosis mengingatkan aku tentang KEMATIAN! Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu janji Allah. Cuma bila dan bagaimana, semuanya rahsia Dia Yang Satu.

Kawan2...jika anda inginkan sesuatu yang memberi inspirasi, motivasi & semangat buat anda. Inilah dia. Buku ini mengajar anda sifat kasih sayang, saling menghargai sesama kita, selain mengingatkan anda kepada perkara2 yang seringkali kita lupa dek terlalu mengejar duniawi.
Betapa kagum dan hormatnya aku dengan 3 penulis ini. Moga mereka memperoleh pahala berlipat ganda dari Allah s.w.t.

Terima kasih Dr. Anwar.
Terima kasih Dr. Aizzat.
Terima kasih Dr. Azah.

1 comment :

Mialia Amelia said...

nice, bagus la review2 buku kt blog2 ni. hehe. beri smangat nak beli bku baru. walaupon bku lama pon belum sentuh lagi. kekeke

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol