Tuesday, March 31, 2015

Akhirnya, Tempoh Menganggur Bakal Tamat!

Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucap. Lepas 4 bulan menganggur, lepas 4 bulan stress duduk rumah sebab tak ada income, lepas 4 bulan aku dok perabih kan saving, akhirnya esok segalanya bakal tamat!
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Walaupun ia 1 bidang kerja baru bagi aku, walaupun gaji tak dapat macam yang aku nak, tapi itu rezeki aku. Alhamdulillah :')
Dekat dengan rumah, adik akan hantar dan ambik. Kakaknya ni ada lesen tapi takut nak drive dan takda kereta sendiri. Jadinya terpaksa minta belas ehsan adik. Nantilah, aku bagi upah setiap bulan. InsyaALLAH lepas 3 4 bulan bekerja, plan nak beli kereta sendiri. 
Dan aku takkan lupa 2 niat utama yang aku dah tanam dalam hati kalau dapat kerja. InsyaALLAH bakal dilunaskan :)
Mohon korang doakan aku. Doakan supaya segala urusan dipermudahkan. Doa supaya aku dapat ramai kawan baru yang baik-baik, dapat belajar ilmu baru, dapat selesaikan kerja-kerja dengan cemerlang. Doakan aku tau!
Bismillah. Semuanya hanya kerana Allah s.w.t.

1 comment :

hainom OKje said...

Tahniah ye Athirah..... Insyaallah semuanya baik baik aje... Bekerja dgn niat yg baik insyaallah akan dipermudahkan jalannya...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol